PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20090820

Sarawak: 1,395 murid Penan tiada dokumen diri

Kerajaan berusaha bantu tingkatkan pendidikan, dokumen untuk kemudahan penduduk

Seramai 1,395 murid dan pelajar Penan yang berada di bangku sekolah rendah dan menengah di Sarawak ketika ini, tidak memiliki dokumen pengenalan diri baik sijil kelahiran bagi yang berada di sekolah rendah, mahukan kad pengenalan bagi yang berada di sekolah menengah. Daripada jumlah itu, 1,128 anak Penan terbabit bersekolah di Daerah Baram di Miri, manakala baki 267 lagi di Daerah Belaga.

Sumber Pejabat Residen Miri mengesahkan di Baram saja 640 murid Penan termasuk 329 murid perempuan yang berada di sekolah rendah, selain 488 pelajar Penan yang berada di sekolah menengah termasuk 257 pelajar perempuan tidak memiliki dokumen pengenalan diri. Sumber Pejabat Daerah Belaga mengesahkan 181 murid Penan yang belajar di sekolah rendah termasuk 86 murid perempuan, selain 86 pelajar Penan termasuk 39 perempuan yang belajar di sekolah menengah, tidak memiliki dokumen berkenaan. Kanak-kanak Penan terbabit masih boleh mendaftar untuk bersekolah tanpa sebarang dokumen kerana sistem sebelum ini tidak mewajibkan mereka mengemukakan dokumen, sebaliknya hanya perlu mendaftar sebagai anak Penan.

No comments: