PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20090901

Sarawak: Budak sekolah di pub

Kebanyakan remaja ke pusat hiburan bersama teman menaiki kereta mewah

"Semua yang datang ke sini budak sekolah, sebab itu mereka sangat takut bila ternampak kelibat kereta peronda polis yang kadangkala hanya melakukan rondaan biasa," kata Rita, 26, pelayan sebuah pusat hiburan yang menjadi tumpuan pelajar sekolah di sekitar Kuching pada setiap hujung minggu.

Tanpa disedari, kebanjiran pusat hiburan di Kuching seperti kelab malam, pusat karaoke atau pub turut menarik perhatian golongan pelajar sekolah yang mahu melarikan diri dari tekanan belajar, selain meluangkan masa bersama rakan sebaya.

Walaupun di setiap pintu masuk pusat hiburan berkenaan terpampang papan tanda hanya 18 tahun ke atas dibenarkan masuk, ia tidak menjadi halangan kepada remaja berkenaan untuk memasuki premis terbabit kerana kebanyakan mereka berasal dari keluarga mewah dan wang bukan masalah.

Ada remaja ini datang ke pusat hiburan menaiki kenderaan mewah atau sekadar mengikut rakan lebih tua dengan yang perempuan tidak segan silu berpelukan dan bercumbuan bersama pasangan masing-masing.

Mereka kelihatan bebas untuk berbuat apa saja termasuk menari, melompat, menjerit dan mengambil minuman keras tanpa ada guru sekolah atau ibu bapa yang dapat menghalang mereka.

Rita berkata, dia mengetahui kebanyakan pelanggan pusat hiburan berkenaan adalah pelajar sekolah kerana jika operasi polis dilakukan, taukenya akan teruk dimarahi pegawai polis kerana membenarkan pelanggan di bawah umur masuk ke premis berkenaan.

Katanya, alasan yang sering digunakan taukenya ialah dia tidak mengetahui pelanggan berkenaan adalah di bawah umur, selain mereka enggan menunjukkan kad pengenalan ketika diminta.

"Setiap minggu ramai pelajar akan berkumpul di kelab ini untuk berhibur bersama rakan mereka dengan tempoh operasi pusat hiburan boleh dilanjutkan hingga jam 4 pagi sekiranya pelanggan masih ramai.

"Walaupun mengetahui menjadi kesalahan membenarkan pelanggan bawah umur masuk ke premis ini, tauke masih membenarkannya kerana mereka mempunyai banyak wang dan tidak teragak-agak untuk berbelanja," katanya ketika ditemui Berita Harian.

Pusat hiburan di Kuching dibahagikan kepada beberapa kawasan tumpuan dengan pengunjung dibezakan mengikut had usia dan kemampuan berbelanja, berikutan ada kelab elit hanya membenarkan pelanggan tertentu masuk selain caj mahal.

Berikutan itu golongan remaja akan memilih pusat hiburan mengikut kemampuan mereka atau bergantung kepada rakan yang mempunyai banyak duit memutuskan ke mana hendak pergi.

Tinjauan Berita Harian di kelab itu di tengah-tengah pusat bandaraya Kuching mendapati hampir separuh pengunjungnya kelihatan terlalu muda dan mereka bertempiaran lari selepas dimaklumkan satu operasi polis akan dilakukan di kawasan berkenaan.

Ketika pemeriksaan polis dilakukan, kebanyakan pusat hiburan berkenaan telah lengang dengan hanya pengunjung dewasa masih kelihatan minum tanpa rasa bimbang seperti pengunjung remaja yang melarikan diri.

Rita berkata, beliau pernah melihat seorang pelanggan remaja bersama rakannya dihantar pemandu dan dia berbelanja lebih RM1,000 bagi membeli minuman keras dan makanan ringan.

"Harga minuman dan makanan ringan di sini mahal kerana kelab ini dianggap eksklusif dan pengunjung tidak perlu bimbang kerana jarang diperiksa berbanding di kawasan lain.

"Namun apa yang menyusahkan kami remaja minum terlalu banyak minuman keras dan apabila mabuk, mereka mula mencetuskan pergaduhan mengakibatkan gelas, kerusi dan meja rosak," katanya.

No comments: