PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20090806

Polis: Ah long ubah taktik edar kad

SIBU 5 Ogos - Peminjam wang atau ah long di bandar ini kini menukar taktik untuk menarik golongan peminjam dengan mengedarkan kad yang menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, taktik itu kini digunakan selepas pihak berkuasa tempatan bertindak menanggalkan poster dan pelekat iklan di dinding bangunan dan tiang lampu.

Sejak operasi menanggalkan iklan dilakukan, iklan-iklan ah long di tempat-tempat awam sudah mula berkurangan.

"Namun, polis mengesan ah long kini menggunakan taktik baru iaitu mengedar kad pelbagai jenis perkhidmatan kepada orang ramai bagi mengabui aktiviti yang dijalankan mereka," katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, polis telah mengambil tindakan proaktif dengan menghubungi ah long menggunakan nombor telefon yang tertera pada kad berkenaan.

Katanya, polis turut memberi amaran agar kegiatan memberi pinjaman wang tidak berlesen itu dihentikan segera.

Pada masa yang sama, tambah beliau, polis juga masih menyiasat mengenai kemungkinan ah long di bandar ini mempunyai kaitan dengan aktiviti jenayah.

"Kita memandang serius perkara ini dengan meneliti daripada pelbagai sudut agar kegiatan ah long dapat dilumpuhkan serta merta," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti ah long.

"Jika tiada aduan tentang aktiviti ah long, kita tidak dapat mengambil sebarang tindakan.

"Apa yang kita bimbang ialah semakin ramai yang akan mendapatkan pinjaman daripada ah long dan seterusnya terperangkap dalam hutang," katanya.

No comments: