PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080417

Kerajaan tolak honororium, lima lagi tuntutan positif : Cuepacs

Kerajaan hari ini menolak permohonan Cuepacs berhubung pembayaran honororium sebanyak RM2,000 bagi semua kakitangan awam tanpa mengira pangkat.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada pertemuan hampir satu jam dengan Majlis Tertinggi Cuepacs, diketuai Presidennya, Omar Osman. Omar berkata, pada pertemuan itu Abdullah menjelaskan bahawa pembayaran honororium akan menyebabkan berlakunya kenaikan harga barang, sekali gus akan membebankan orang ramai berikutan kenaikan harga beras dan tepung baru-baru ini.

"Cuepacs menerima penjelasan yang diberikan Perdana Menteri kerana kita perlu mengambil kira lima lagi tuntutan yang turut dikemukakan.

"Hasil perbincangan tadi menunjukkan perkembangan positif khususnya mengenai Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang akan memperkenalkan kaedah lain bagi menilai pencapaian kakitangan awam," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini. Lima tuntutan yang diterima itu adalah kadar pencen mengikut perkhidmatan, lanjutan umur persaraan daripada 56 tahun kepada 60 tahun, pemansuhan peperiksaan PTK, pemberian semula elaun kritikal dan penambahan elaun perumahan kepada RM230 berbanding RM180 hari ini.

1 comment:

Anonymous said...

Jika Badawi bagi Honorium pun tak guna, kakitangan sememangnya dah frust dan bosan kerenah nya. Kakitangan dah tak kecil hati, tak undi BN semasa pilihan raya lalu. Kini pulak kata jika bagi honorium takut barang naik, habis apa pula tugas kerajaan untuk mencegah kenaikan harga barang??? Alasan saja, macam tak sekolah dan tak ada otak pula Badawi, letak jawatan sahaja....boleh jalan lah!!