Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan(LPKP) Sarawak akan melanjutkan usia penggunaan kenderaan yang digunakan sebagai bas sekolah daripada 20 tahun pada masa sekarang kepada 25 tahun, berkuatkuasa serta merta.
Pengerusinya yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof, berkata tempoh itu dilanjutkan supaya seragam dengan tempoh penggunaan kenderaan sebagai bas sekolah di Semenanjung ketika ini. Sehubungan itu katanya, setiap kenderaan yang sudah digunakan sebagai bas sekolah selama 20 tahun, pengusahanya boleh memohon kelulusan dari Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk melanjutkan tempoh permitnya.
1 comment:
Selamat ke? Bas sekolah baru sahaja 10 tahun dah macam bangkai dan kotor serta tiada diselenggara oleh pemiliknya, ni nak guna 25 tahun, macam 'keranda' bergerak.
Post a Comment