Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) merekodkan 56,339 kes kemalangan pekerja sepanjang tahun lalu, menurun 3.4 peratus berbanding 58,321 kes pada 2006.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Johari Basri, berkata daripada jumlah itu, 38,657 kes membabitkan kemalangan di tempat kerja, manakala 17,682 kes dalam perjalanan ke tempat kerja.
Beliau berkata, pihaknya masih belum berpuas hati dengan komitmen majikan berkaitan penyediaan latihan dan kod amalan keselamatan walaupun peratus kes kemalangan di tempat kerja menurun.
“Kita akan meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan di setiap sektor pekerjaan termasuk perindustrian dan perkilangan bagi memastikan tidak ada majikan bersikap sambil lewa terhadap penyediaan latihan dan kod amalan keselamatan pekerja.
“Kita memerlukan kerjasama majikan bagi meminimumkan kemalangan di tempat kerja pada masa depan,” katanya
Katanya, sepanjang tahun lalu, JKKP mengeluarkan 4,873 notis amaran, 215 kompaun terhadap 2,729 majikan gagal menyediakan latihan dan kod amalan keselamatan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 serta mendakwa 108 majikan.
No comments:
Post a Comment