Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) merekodkan 56,339 kes kemalangan pekerja sepanjang tahun lalu, menurun 3.4 peratus berbanding 58,321 kes pada 2006.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Johari Basri, berkata daripada jumlah itu, 38,657 kes membabitkan kemalangan di tempat kerja, manakala 17,682 kes dalam perjalanan ke tempat kerja.
Beliau berkata, pihaknya masih belum berpuas hati dengan komitmen majikan berkaitan penyediaan latihan dan kod amalan keselamatan walaupun peratus kes kemalangan di tempat kerja menurun.
“Kita akan meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan di setiap sektor pekerjaan termasuk perindustrian dan perkilangan bagi memastikan tidak ada majikan bersikap sambil lewa terhadap penyediaan latihan dan kod amalan keselamatan pekerja.
“Kita memerlukan kerjasama majikan bagi meminimumkan kemalangan di tempat kerja pada masa depan,” katanya
Katanya, sepanjang tahun lalu, JKKP mengeluarkan 4,873 notis amaran, 215 kompaun terhadap 2,729 majikan gagal menyediakan latihan dan kod amalan keselamatan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 serta mendakwa 108 majikan.
Kami bawa anda mendekati, mendalami dan menghayati isu-isu dan fakta terkini.
PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG
20080429
20080421
Sibu Cops praised for action against illegal tappers
Bintulu MP Datuk Seri Tiong King Sing gave the police in Sibu a pat on the back for arresting illegal rubber tappers from Indonesia employed by thugs to tap trees in gardens and estates that do not belong to them.
In a press statement received here yesterday, Tiong, who is also the youth chief of SPDP, said he had received good words about the police action from the people in Sibu after the police vowed an all out action against these criminals.
Sibu OCPD ACP Shafie Ismail had vowed last Thursday that he would not hesitate to use the Emergency Ordinance on these criminals when he commented on the arrest of 17 immigrants and three locals caught trespassing and tapping rubber illegally in Sungei Menyan and Sungei Bidut.
Tiong hoped the Sibu police would continue with the good work, and he called on the people, especially the rubber estate owners who were the victims, to work with the police in curbing this crime.
He agreed with the police that there were masterminds behind this operation, or else, he said the illegal tappers would not have been so daring to intrude into the plantations in broad daylight.
According to the police, Tiong said, some of the foreigners arrested in Sungei Bidut and Sungei Menyan had work permits.
The SPDP youth chief said this was a matter that must be seriously dealt with, and he hoped the police would track down the employers of these immigrants, adding that if the workers had gone missing or failed to turn up for work, the police or the Immigration Department should have such records.
He said this should be strictly checked to prevent the workers on the run ending up in crimes or being hired by local criminals.
“In such situation, there is no point just arresting and charging the foreign or local tappers while the masterminds run free.
“After these foreign workers had been arrested, the mastermind can still hire a new batch of workers to do the tapping.”
He said if there were loop-holes in the laws that prevented the enforcement officers from taking action in such a situation, the departments should voice out or make proposals for the laws to be amended.
When Shafie vowed the tough action last Thursday, he said they would record the statements of the illegal foreign workers detained last week.
“We want them to reveal the names of the masterminds.”
Once the police had got these names, Shafie said they would create case files against them before proceeding to arrest and detain them under the Emergency Ordinance.
Within the space of a year, the police in Sibu have arrested and exiled more than 20 gangsters and another seven for vehicle thefts.
Bajet 2009 dibentang 29 Ogos
Bajet 2009 akan dibentangkan di Parlimen pada 29 Ogos ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Bajet berkenaan akan menumpukan kepada usaha memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi yang mapan di samping memastikan kesejahteraan rakyat.
``Tema Bajet 2009 adalah meningkatkan daya tahan bagi pertumbuhan mapan dan perkongsian kemakmuran,’’ katanya dalam ucaptama merasmikan Majlis Konsultasi Bajet 2009 di Kementerian Kewangan di sini hari ini.
- Utusan

Bas sekolah boleh diguna sehingga usia 25 tahun
Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan(LPKP) Sarawak akan melanjutkan usia penggunaan kenderaan yang digunakan sebagai bas sekolah daripada 20 tahun pada masa sekarang kepada 25 tahun, berkuatkuasa serta merta.
Pengerusinya yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof, berkata tempoh itu dilanjutkan supaya seragam dengan tempoh penggunaan kenderaan sebagai bas sekolah di Semenanjung ketika ini. Sehubungan itu katanya, setiap kenderaan yang sudah digunakan sebagai bas sekolah selama 20 tahun, pengusahanya boleh memohon kelulusan dari Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk melanjutkan tempoh permitnya.

Datuk Shahrir Samad
Kerajaan sedang mengkaji untuk menambah senarai barangan kawalan dan menyeragamkan harganya di Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan beban pengguna serta menangani kesan kenaikan harga bahan makanan dunia.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata cadangan itu adalah antara langkah yang akan dilaksanakan menerusi Dasar Jaminan Makanan Negara. Beliau berkata, cadangan itu akan diperincikan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet bagi Membendung Inflasi yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, hari ini.
Ketika ini, kerajaan mengawal harga 11 barangan keperluan termasuk petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG), tepung gandum, gula, susu pekat manis, ayam dan minyak masak, tetapi harga runcit barangan berkenaan di Semenanjung berbeza dengan di Sabah dan Sarawak.
20080420
Pelatih PLKN dibenar cuti enam hari
Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) membenarkan 31,000 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 2 Siri 5/2008 yang menjalani latihan di 82 kem di seluruh negara bercuti rehat selama enam hari, mulai 8 Mei ini.
Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata cuti itu diberikan atas dasar kebajikan bertujuan membolehkan pelatih berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.
Bagaimanapun, katanya, kos pengangkutan pulang ke kampung dan kembali ke kem perlu ditanggung sepenuhnya keluarga pelatih.
Abdul Hadi berkata, ibu bapa atau wakil keluarga pelatih boleh datang mengambil pelatih bermula jam 8 pagi pada 8 Mei.

20080418
Kerajaan tanggung subsidi minyak tertinggi RM19 bilion
Kerajaan dijangka menanggung subsidi minyak yang lebih tinggi antara RM18 bilion hingga RM19 bilion pada tahun ini, berikutan kenaikan harga minyak mentah dunia yang melambung tinggi.
Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, jumlah subsidi itu merupakan peningkatan berbanding antara RM7 bilion hingga RM8 bilion yang dibelanjakan pada tahun lalu.
‘‘Berdasarkan harga minyak mentah semasa global, subsidi minyak sebenar yang kita (kerajaan) ambil daripada bajet (tahun ini) itu tidak termasuk daripada Petronas untuk diberikan kepada rakyat dan syarikat adalah berjumlah antara RM18 bilion hingga RM19 bilion pada tahun ini berbanding antara RM7 bilion hingga RM8 bilion pada tahun lalu.
“Ini menunjukkan betapa besarnya tanggungan kerajaan sekarang,’’ katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci kepada pemilik Biz Avenue di sini hari ini.
Nor Yakcop menjelaskan bahawa dengan peningkatan subsidi itu, jumlah keseluruhan subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan pada tahun ini dijangka mencecah lebih daripada RM40 bilion berbanding unjuran awal berjumlah RM35 bilion.
Pada pertengahan Januari tahun ini, Nor Yakcop menjelaskan, kerajaan dijangka mengeluarkan subsidi bahan bakar sebanyak RM35 bilion bagi tahun 2008 jika harga minyak mentah terus berada di atas paras AS$100 setong.
Bagaimanapun, pada masa sekarang harga minyak mentah dunia telah mencecah melebihi AS$115 setong.
Ditanya mengenai kesan kenaikan harga minyak dunia terhadap perkembangan ekonomi semasa, beliau berkata, kerajaan tidak melihat kesannya dalam jangka pendek tetapi menilainya sebagai isu jangka panjang.
Dalam masa yang sama, kerajaan turut mengkaji kesan kenaikan harga komoditi lain dan makanan, katanya.

20080417
Umur Persaraan dinaik kepada 60 tahun, Apa pendapat anda?
Umur bersara kakitangan kerajaan dinaikkan daripada 56 kepada 60 tahun. Apa pendapat dan pandangan anda. Sila bagi komen, terima kasih.
Kerajaan tolak honororium, lima lagi tuntutan positif : Cuepacs
Kerajaan hari ini menolak permohonan Cuepacs berhubung pembayaran honororium sebanyak RM2,000 bagi semua kakitangan awam tanpa mengira pangkat.
Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada pertemuan hampir satu jam dengan Majlis Tertinggi Cuepacs, diketuai Presidennya, Omar Osman. Omar berkata, pada pertemuan itu Abdullah menjelaskan bahawa pembayaran honororium akan menyebabkan berlakunya kenaikan harga barang, sekali gus akan membebankan orang ramai berikutan kenaikan harga beras dan tepung baru-baru ini.
"Cuepacs menerima penjelasan yang diberikan Perdana Menteri kerana kita perlu mengambil kira lima lagi tuntutan yang turut dikemukakan.
"Hasil perbincangan tadi menunjukkan perkembangan positif khususnya mengenai Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang akan memperkenalkan kaedah lain bagi menilai pencapaian kakitangan awam," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini. Lima tuntutan yang diterima itu adalah kadar pencen mengikut perkhidmatan, lanjutan umur persaraan daripada 56 tahun kepada 60 tahun, pemansuhan peperiksaan PTK, pemberian semula elaun kritikal dan penambahan elaun perumahan kepada RM230 berbanding RM180 hari ini.

20080411
PEMAKAIAN TALI PAINGGANG BELAKANG KENDERAAN JUN INI
Kerajaan akan menguatkuasakan peraturan mewajibkan penggunaan tali pinggang keledar belakang kenderaan sebelum Jun ini, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat.
Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan syarikat Harrington (M) Sdn Bhd dan Virgin Dtox London di sini, pagi ini., beliau berkata peraturan itu bagi mengurangkan risiko kecederaan penumpang belakang akibat kemalangan.

20080409
BPR tahan 145 orang dalam tempoh tiga bulan pertama tahun 2008
Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan 145 orang termasuk 13 pegawai kanan kerajaan kerana terlibat dalam kegiatan rasuah bernilai RM11.2 juta dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
Pengarah Bahagian Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Mohd. Shukri Abdull berkata, untuk tempoh yang sama, seramai 59 penjawat awam lain-lain pangkat turut ditahan kerana terlibat dalam gejala tersebut.
‘‘Selain itu, BPR juga menahan 44 pekerja swasta dan 29 orang awam yang terlibat dalam kegiatan rasuah antara bulan Januari hingga Mac ini.
‘‘Nilai rasuah melibatkan kesemua pelakunya adalah kira-kira RM11.2 juta,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Menurut Mohd. Shukri, bagi tempoh yang sama, BPR merampas harta benda bernilai RM900,000 dan menyita harta benda bernilai RM700,000 atas perintah mahkamah.
‘‘Kami juga mempunyai permohonan kes rampasan harta bernilai RM700,000 yang sedang menunggu perbicaraan di mahkamah,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini, BPR menerima sejumlah 3,834 maklumat rasuah.
‘‘Daripada jumlah itu, BPR membuka sebanyak 357 kertas siasatan,” katanya.

Kuasa ‘veto’ Astro tamat akhir tahun
Kuasa ‘veto’ Astro yang mengenakan caj ‘tersembunyi’ kepada 2.3 juta pelanggannya akan dikawal oleh kerajaan apabila stesen berbayar itu dikehendaki beroperasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 menjelang akhir tahun ini.
Serentak itu, Astro turut diarahkan oleh kerajaan supaya tidak menambah lagi bilangan saluran sedia ada sehingga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berpuas hati dengan usaha-usaha penambahbaikan yang dibuat.
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, Astro yang diberikan lesen operasi pada 1997 perlu patuh kepada arahan kerajaan supaya berhijrah ke akta baru.
Menurutnya, ketika diberikan lesen, Astro beroperasi di bawah Akta Penyiaran dan Akta Telekom dengan kedua-duanya sudah dimansuhkan tetapi lesen mereka masih terletak di bawah Akta Komunikasi Multimedia 1998.
‘‘Ada banyak dakwaan mengatakan pakej yang Astro beri seolah-olah macam ‘bufet’, dia beri 10 hingga 15 siaran dan ada saluran yang kita tidak mahu tetapi pelanggan tidak diberi pilihan untuk menolaknya.
‘‘Walaupun ini merupakan sebahagian daripada pakej dan Astro kata tiada kos dikenakan, namun saya percaya memang ada kos dikenakan.
‘‘Justeru, walaupun Astro sudah menunjukkan minat untuk berhijrah ke Akta Komunikasi dan Multimedia sejak 1999 tetapi sampai hari ini mereka masih belum berhijrah ke akta ini,” katanya di sini hari ini.
Astro menyediakan 126 saluran termasuk saluran radio dengan bayaran pakej termurah RM39 sebulan.
Antara rungutan pelanggan Astro yang kerap diterima ialah caj RM20 untuk bil lewat bayar, caj sokongan teknikal RM50 serta pakej siaran yang diberikan kepada pelanggan.
Shaziman berkata, tindakan Astro mengambil masa terlalu panjang untuk berhijrah ke akta berkenaan menyebabkan SKMM sukar mengambil sebarang tindakan walaupun banyak aduan dan rungutan orang ramai diterima berhubung perkhidmatannya.
‘‘Rumusan hasil perbincangan kami hari ini ialah walaupun Astro berhijrah ke akta baru, hak eksklusif yang mereka terima akan terus dikekalkan tetapi penghijrahan perlu dibuat pada kadar segera.
‘‘Secara tidak langsung ini akan memudahkan segala perkhidmatan yang diberikan oleh Astro dikawal dan masalah berbangkit daripada orang ramai dapat diperbaiki,” katanya.
Shaziman berkata, Astro sepatutnya memberi pilihan kepada pelanggan untuk memilih saluran yang dirasakan perlu tanpa menggunakan kuasanya untuk menentukan siaran tertentu berdasarkan pakej disediakan.
Hak eksklusif Astro sebagai stesen televisyen berbayar akan tamat pada 2017 manakala lesen operasi Astro berakhir pada 2022.

20080408
Masa laksana perubahan
Kerajaan mahu pastikan segala janji kepada rakyat dikotakan sepenuhnya: PM
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan akan melaksanakan perubahan dan pembaharuan seperti dikehendaki rakyat menerusi mandat yang diberi kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.
Perdana Menteri berkata, perubahan yang sudah dimulakan seperti ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan aspek berkaitan pembasmian rasuah akan diteruskan, selain tuntutan untuk meningkatkan integriti sistem kehakiman serta perundangan.
"Kini adalah masanya untuk pelaksanaan secara berkesan dan ini perubahan yang dimahukan rakyat. Kali ini, kita mahu memastikan segala janji kepada rakyat dikotakan sepenuhnya," katanya.
Abdullah yang juga Pengerusi BN berkata, beliau menyedari wujud kesalahan, kesilapan serta kekurangannya sebagai ketua parti, terutama dari segi pelaksanaan manifesto empat tahun lalu hingga mendorong prestasi kurang cemerlang BN pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Bagaimanapun, tegasnya, beliau tidak akan sesekali lari daripada tanggungjawabnya dan ruang perbincangan sentiasa terbuka. Katanya, sepanjang empat tahun pertama menjadi Perdana Menteri, banyak perkara yang perlu dibereskan dan beliau terpaksa memberi perhatian kepada perkara lain seperti ekonomi dan meyakinkan pelabur untuk datang ke Malaysia kerana negara akan menghadapi masalah lebih besar jika pertumbuhan ekonomi tidak bergerak di landasan sewajarnya.
20080407
Amanat ikhlas Abdullah pulih keyakinan rakyat
Penjelasan terus terang jadi panduan proses perubahan: Najib KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, amanat presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan dijadikan tunjang serta naungan utama kepada proses perubahan bagi memulihkan keyakinan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN). Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno berkata, amanat yang diberikan adalah ucapan ikhlas Abdullah kepada akar umbi.
"Amanat Pak Lah itu sangat berterus-terang dan luahan perasaannya sebagai presiden parti dan Perdana Menteri. Ucapannya itu memberikan kami panduan bagaimana mahu menyusun semula proses perubahan bagi mengembalikan keyakinan rakyat.
"Berbekal amanat itu, kami akan menggerakkan jentera parti ke arah proses pemulihan serta perubahan yang diingini akar umbi dan masyarakat," katanya selepas menghadiri majlis penerangan bersama Presiden Umno, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam. Majlis dihadiri kira-kira 1,000 Ketua Penerangan mewakili negeri, bahagian dan ketiga-tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno serta Ahli Majlis Tertinggi Umno.
Najib berkata, jawatankuasa pengurusan parti yang diketuainya akan mula turun padang Selasa ini bagi bertemu kepemimpinan akar umbi, termasuk bahagian serta negeri bagi mendengar sendiri pandangan mereka.
"Ia bagi mendapatkan maklum balas di samping memberikan penerangan mengenai amanat yang disampaikan Abdullah semalam. Kita juga akan menyampaikan pandangan pucuk pimpinan terhadap beberapa isu, termasuk pelbagai kritikan dilontarkan terhadap pucuk pimpinan," katanya.
Sebelum ini, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan berkata jawatankuasa itu akan turun ke negeri yang tidak dikuasai BN termasuk Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor, sebelum ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan ke negeri lain.

Pak Lah minta BPR siasat bekas PM
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menyiasat dakwaan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad campur tangan dalam pentadbiran badan kehakiman negara ketika menjadi perdana menteri.
Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan menutup mata atau melindungi Dr Mahathir jika terdapat bukti bahawa bekas Perdana Menteri itu pernah melakukan penyalahgunaan kuasa sepanjang 22 tahun memerintah negara.
"Bagi pihak kerajaan, dasar kita ialah kalau ada apa-apa tuduhan terhadap sesiapa pun, kalau ada bukti, kita tak akan pejam mata," katanya pada sidang media selepas Majlis Penerangan bersama Presiden Umno untuk jentera penerangan parti di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, semalam.
Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas desakan aktivis dan pemimpin pembangkang supaya Dr Mahathir didakwa atas beberapa kesalahan yang didakwa pernah dilakukan bekas Perdana Menteri itu. Desakan itu dibuat oleh bekas Repertoir Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Kebebasan Hakim dan Peguam, Datuk Param Cumaraswam; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan pengerusi Gerak Demokrasi dan Anti Korupsi Malaysia (Gerak), Ezam Mohd Noor. Param dalam kenyataannya meminta siasatan dibuat terhadap Dr Mahathir yang didakwa campur tangan dalam siasatan BPR apabila beliau pernah mengarahkan satu fail ditutup.
Perkara itu dinyatakan bekas Ketua Pengarah BPR, Datuk Shafee Yahya ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Ariffin Jaka dalam satu perbicaraan kes tuduhan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jun 2000. Kit Siang pula meminta satu inkuiri diadakan terhadap dakwaan salahguna kuasa ketika pentadbiran Dr Mahathir yang dikatakan menjejaskan institusi seperti badan kehakiman. Ezam turut menyokong supaya siasatan dibuat terhadap Dr Mahathir yang didakwa campur tangan dalam siasatan BPR pada 1998. Perdana Menteri berkata, bukan tugas beliau untuk membuka fail bagi sesuatu kes, sebaliknya ia terletak dalam bidang kuasa agensi seperti BPR.
"Terserah kepada BPR untuk membuka fail (terhadap Dr Mahathir) jika mereka berasa wajar dan terdapat bukti untuk berbuat demikian," katanya.
Berita Harian 7/4/2008

20080403
Ekonomi - Rantau Asia bebas risiko krisis kewangan
Pegawai IMF yakin dasar kewangan, asas pasaran masih kukuh RANTAU Asia tidak berdepan risiko menghadapi satu lagi krisis kewangan seperti yang dihadapi pada 1997, kata seorang pegawai kanan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF).
Timbalan Pengarah (Jabatan Asia Pasifik) badan dunia itu, Daniel Citrin, berkata situasi ketika ini adalah sama sekali berbeza daripada apa yang berlaku 11 tahun lalu.
Beliau berkata, dasar kewangan, asas pasaran dan situasi fiskal di rantau ini adalah kukuh dengan hanya pendedahan kecil terhadap krisis subprima di Amerika Syarikat (AS).
"Bank di Asia kurang terdedah kepada masalah subprima AS dan keadaannya tidaklah seteruk berbanding di AS," katanya kepada pemberita di luar mesyuarat tidak rasmi Menteri Kewangan Asean + 3 dan Timbalan Gabenor Bank Pusat di Danang, Vietnam semalam.
Bagaimanapun, Citrin berkata, kemelesetan ekonomi di AS dan ekonomi utama lain seperti Eropah dan Jepun tentunya memberikan sedikit kesan kepada rantau ini.
"Ada tanda-tanda berlakunya kelembapan di sesetengah bahagian dunia. Memang ada kesannya, rantau ini tetap terdedah tetapi tidak seperti pada 1997," katanya.
Krisis kewangan Asia 1997 berlaku pada Julai tahun itu, bermula dengan penurunan nilai baht di Thailand sebelum merebak ke negara Asia Tenggara lain, termasuk Malaysia, Indonesia dan Filipina dan akhirnya melanda Korea Selatan, Hong Kong dan China.
Citrin berkata, tidak seperti pada 1997, negara di Asia sekarang ini mempunyai dasar fiskal yang lebih baik dengan pertumbuhan yang kukuh tetapi IMF lebih bimbang mengenai peningkatan inflasi. Beliau berkata, IMF akan mengeluarkan unjuran pertumbuhan terkininya bagi 2008 dalam tempoh dua minggu lagi.
Sementara itu, Bank Pembangunan Asia (ADB) dalam laporan Tinjauan Masa Depan Perkembangan Asia 2008, berkata, negara sedang membangun di Asia akan mencatatkan pertumbuhan mantap tahun ini di sebalik kemerosotan ekonomi di negara industri utama.
Katanya, bagi Malaysia, ekonominya diunjurkan mencatatkan pertumbuhan 5.4 peratus tahun ini, rendah sedikit berbanding 6.3 peratus tahun lalu sebelum meningkat kepada 5.9 peratus pada 2009.
ADB berkata, di sebalik penurunan dalam ekonomi utama, kenaikan harga makanan dan bahan bakar dan krisis kredit semakin hangat di AS, ia mengunjurkan ekonomi negara Asia yang sedang berkembang secara puratanya akan tumbuh 7.6 peratus tahun ini dan 7.8 peratus tahun depan.
Tahun lalu, rantau ini mencatatkan pertumbuhan paling tingginya sejak hampir dua dekad lalu pada purata 8.7 peratus.
"Asia tidak kebal daripada kemerosotan global dan ia juga tidak akan terperangkap kepadanya," kata Ketua Pakar Ekonomi ADB, Ifzal Ali.
Beliau berkata, keadaan dasar yang baik dan pertumbuhan produktiviti yang menarik serta pemodenan ekonomi dan pembaharuan struktur akan terus mengekalkan rantau ini dalam landasan pertumbuhan ekonomi yang kukuh.
Bernama

20080401
Penduduk tak perlu panik
Penduduk di Bintulu diminta tidak panik berikutan kekurangan bekalan petrol di bandar itu sehingga ada pengusaha stesen minyak yang terpaksa menutup kedai mereka akibat terputus bekalan bahan mentah berkenaan.
Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing, berkata masalah kekurangan bekalan itu hanya berlaku di stesen minyak milik satu syarikat saja sedangkan stesen minyak syarikat lain masih beroperasi seperti biasa.
"Walaupun petrol kehabisan di stesen minyak di sini kelmarin, masalah itu hanya sementara disebabkan kesilapan teknikal satu syarikat pembekal minyak yang tiada kaitan dengan stesen minyak yang lain," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin.
Tiong berkata, penduduk bandar itu perlu bertenang kerana sejak petang kelmarin, ramai penduduk mula berasa cemas setelah menyedari masalah terbabit tanpa memahami situasi sebenar.
Beliau sendiri merujuk masalah itu kepada pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Bintulu, setelah menerima banyak aduan daripada orang ramai.

Subscribe to:
Posts (Atom)