Jabatan Imigresen menahan seorang lelaki setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching kelmarin (Khamis) ketika cuba memasuki negeri ini menggunakan MyKad palsu.Lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu tiba dari Kuala Lumpur pada kira-kira jam 5.15 petang dan ketika pemeriksaan di kaunter imigresen seorang pegawai imigresen yang bertugas mendapati MyKad dipegang lelaki itu adalah milik lelaki lain yang berusia 26 tahun.
Selepas pemeriksaan lanjut ke atas MyKad itu, pegawai berkenaan mendapati gambar pemilik sebenar kad pengenalan itu telah ditukar dengan gambar suspek.
Suspek kemudiannya ditahan untuk disoal siasat dan dalam soal siasat itu lelaki berkenaan mengakui dia telah menggunakan MyKad orang lain dalam usaha untuk memasuki negeri ini.
Suspek diserahkan kepada polis untuk membolehkan siasatan lanjut dilakukan.
No comments:
Post a Comment