Hanya dua daripada 1,000 permohonan yang dibuat oleh penternak burung walit di negeri ini bagi mendapatkan lesen menternak burung berkenaan dari Jabatan Perhutanan diluluskan setakat ini.
Pengarah Perhutanan Sarawak, Datuk Len Talif Salleh, berkata dua lesen itu dimiliki penternak burung di Bahagian Mukah, selepas jabatan itu berpuas hati dengan permohonan dibuat.
Beliau yang juga Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sarawak Forestry Corporation (SFC) berkata, kegagalan 998 lagi permohonan bagi mendapatkan lesen itu ekoran mereka gagal memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh jabatan terbabit memindahkan supaya memindahkan operasi ke pinggir atau luar bandar.
Katanya, selagi mereka gagal memenuhi semua syarat ditetapkan permohonan bagi mendapatkan lesen menternak burung walit tidak akan dilayan.
"Jabatan Perhutanan dan SFC sudah memberi masa yang cukup kepada penternak burung walit untuk memindahkan operasi mereka dari bandar ke pinggir atau luar bandar.
"Arahan itu dikeluarkan berikutan bantahan orang ramai terhadap penternakan burung walit yang dikatakan mencemarkan persekitaran serta boleh memudaratkan kesihatan," katanya kepada pemberita pada Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya, di sini, semalam.
1 comment:
Ha ha.. apa jabatan hutam Sarawak buat...?? banyak rumah burung dibuat di kawasan rumah..tapi tidak ambil apa apa tindakan. Boleh ka buat macam ini?? Kalau boleh saya punmau buat satu dibelakang rumah saya.
Post a Comment