PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20091026

RM3.7 bilion disalur tingkat khidmat KDN

RM100,000 bagi pondok, balai polis tingkat kemudahan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menggunakan peruntukan Bajet 2010 berjumlah RM3.7 bilion untuk membeli pelbagai peralatan termasuk senjatapi bagi meningkatkan kecekapan dan perkhidmatan anggotanya sekali gus memastikan kadar jenayah di seluruh negara terus berkurangan.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pihaknya akan membeli 50 buah van penumpang, pembelian 400 pucuk pistol 9mm serta penyediaan pakaian seragam anggota Rela dan Jabatan Pertahanan Awam yang terpilih sebagai sukarelawan simpanan polis.



Malah beliau berkata, bagi meningkatkan dan menambah baik kebajikan anggota polis di seluruh negara, sebanyak RM90 juta akan dibelanjakan bagi tujuan penyelenggaraan balai dan pondok polis di seluruh negara.

"Melalui usaha ini, saya akan pastikan setiap balai dan pondok polis akan menerima peruntukan sebanyak RM100,000 bagi membaik pulih kemudahan di tempat masing-masing. Bagi saya, usaha ini penting bagi memastikan balai dan pondok polis sentiasa dapat beroperasi dalam keadaan selamat dan selesa," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, semalam.

Hishammuddin mengulas ucapan Bajet 2010 oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu.

Beliau berkata, KDN juga akan melaksanakan pelbagai inisiatif lain seperti membeli alat perhubungan dan kelengkapan PDRM seperti lanci-lanci, alat perhubungan radio, senjata api dan peluru, kenderaan, kapal terbang, alat bantuan teknik dan sistem teknologi maklumat.

Sehubungan itu, katanya, sebanyak 35 projek untuk kemudahan kuarters, pejabat dan ubah suai bangunan di bawah Built, Lease and Transfer (BLT), dijangka siap pada 2010.

"Ianya membabitkan enam kuarters, dua Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), 10 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), sembilan balai polis, tiga Pasukan Gerakan Am (PGA), satu maktab polis, satu pusat latihan polis, satu Mes Pegawai Kanan PDRM, satu lokap dan stor barang kes dan satu pangkalan polis marin.

"Pada masa sama, sebanyak 25 projek pembangunan, 12 projek penambahbaikan dan 12 projek di bawah Peruntukan Jabatan Perdana Menteri dijangka siap pada 2010.

"Sebanyak 25 projek pembangunan itu membabitkan lapan pondok polis, 13 balai polis, dua pusat latihan dan dua pangkalan marin dan sebanyak 12 projek penambahbaikan pula membabitkan satu IPK, lima IPD, lima balai polis dan satu maktab polis manakala di bawah JPM pula membabitkan 12 projek perumahan PDRM," katanya.

No comments: