PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20091009

Kadar indeks jenayah Sarawak turun 7.86%

8 Okt.2009 - Kadar indeks jenayah di Sarawak bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini menurun 7.86 peratus iaitu kepada 10,252 kes berbanding 11,126 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohmad Salleh berkata, daripada jumlah berkenaan, polis berjaya menyelesaikan 48.27 peratus kes atau sebanyak 4,949 kes jenayah bagi tempoh tersebut.

Menurutnya, penurunan indeks jenayah berkenaan banyak dibantu oleh penurunan kadar jenayah terutamanya di bandar-bandar besar di Sarawak.

''Namun kejayaan yang dicapai itu tidak akan terhasil sekiranya tiada usaha keras yang menyeluruh atau tindakan secara kolektif secara berterusan daripada semua pegawai dan anggota dalam melaksanakan tugas mereka.

''Saya percaya dengan adanya kesedaran dan penghayatan terhadap amanah dan tugas bagi setiap pegawai dan anggota, prestasi polis kontinjen Sarawak akan terus cemerlang pada masa akan datang," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini.

Turut hadir, timbalannya, Datuk Hamza Taib dan Komander Briged PGA Sarawak, Datuk Law Hong Soon dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner II (SAC II) Huzir Mohamed.

Dalam perkembangan lain, Mohmad memberitahu, mana-mana pegawai dan anggota yang didapati melakukan perkara yang bercanggah dengan disiplin pasukan boleh dikenakan tindakan buang kerja sekiranya didapati bersalah.

No comments: