PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20091023

IJN tidak akan dijual

22 Okt. 2009 - Kerajaan hari ini sekali lagi menegaskan bahawa Institut Jantung Negara (IJN) tidak akan dijual kepada mana- mana entiti sebaliknya akan terus dimiliki oleh kerajaan.

Berikutan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop meminta semua spekulasi berhubung penjualan IJN dan mana-mana jabatan di dalam institut itu dihentikan.

Jelas beliau, kerajaan tidak pernah menerima, membincang dan membuat sebarang keputusan mengenai penjualan IJN kepada mana-mana syarikat.

''Jadi, semua laporan mengenai penjualan IJN adalah tidak benar dan ia tidak pernah berlaku.

''Dan, saya berharap dengan kenyataan ini (isu tersebut) tidak berpanjangan dan apa yang lebih penting saya tidak mahu isu ini timbul lagi.

''Apa yang diputuskan kerajaan sebelum ini adalah muktamad dan tidak akan ada sebarang perubahan dalam IJN,'' tegasnya kepada Utusan Malaysia.

Beliau mengulas mengenai laporan akhbar kononnya Unit Perancang Ekonomi sedang melaksanakan Skim Pelupusan Harta besar-besaran dengan memisahkan fungsi operasi IJN dan menubuhkan anak-anak syarikat baru.

Spekulasi itu mendakwa, anak- anak syarikat yang bakal ditubuhkan IJN itu termasuk perkhidmatan IJN, satu syarikat kerjasama untuk perkhidmatan sokongan hospital, aset IJN bagi mengurus bangunan dan peralatan dan farmasi IJN yang menguruskan farmaseutikal.

Laporan itu turut menyebut kertas cadangan mengenai pengambilan alih itu telah ditolak oleh Kementerian Kesihatan tetapi Unit Perancangan Ekonomi (EPU) didakwa telah memanggil pihak terbabit untuk membentangkan kertas cadangan kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak pada 27 Oktober ini.

Sebagai sebuah entiti korporat, IJN kini beroperasi di bawah IJN Holdings Sdn. Bhd. yang memiliki sepenuhnya hospital, IJN Capital, IJN Sukuk, IJN College dan IJN International.

Sebelum ini, syarikat konglomerat Sime Darby Bhd. (Sime Darby) berjaya mengambil alih 51 kepentingan dalam IJN namun pengambilannya dibatalkan selepas mengambil kira sentimen rakyat yang membantah keputusan tersebut.

No comments: