PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20091026

Bajet 2010 jamin penjagaan awal kanak-kanak

Datin Seri Rosmah Mansor menyifatkan peruntukan RM100 juta untuk program Permata dalam Bajet 2010 satu pengiktirafan terhadap kepentingan pendidikan dan penjagaan kanak-kanak di peringkat awal di Malaysia.

Isteri perdana menteri berkata ini akan membolehkan projek yang sudah dirancang di bawah inisiatif Permata dapat dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai rakan kongsi termasuk kementerian dan institusi pengajian tinggi.

"Saya gembira dengan perkembangan ini kerana ini bermakna lebih ramai kanak-kanak, termasuk di kawasan luar bandar, akan dapat belajar di taman didikan kanak-kanak yang baik menggunakan sukatan pelajaran terkini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri dan Deepavali dengan rakyat Malaysia yang tinggal di Emiriah Arab Bersatu (UAE) di sini pada Ahad.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM100 juta itu semasa membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Program Permata termasuk usaha untuk menubuhkan pusat Permata Negara bagi kanak-kanak di bawah umur lima tahun.

Program itu setakat ini telah diperkenalkan di 457 pusat jagaan kanak-kanak dan berjaya mendidik 17,565 kanak-kanak.

Pelajar yang memiliki kepintaran luar biasa dijangka mencapai kecemerlangan menerusi program Permata Pintar yang akan dilaksanakan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama University of Johns Hopkins, Amerika Syarikat.

No comments: