PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080827

Tarikh lihat anak bulan Ramadan 31 Ogos

Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan berpuasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini ditetapkan pada petang Ahad, 31 Ogos ini bersamaan 29 Syaaban 1429 Hijrah. Lokasi melihat anak bulan Ramadan yang sudah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja ialah Pontian Kecil di Johor, Balai Cerap Al-Khawarizmi di Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Menara Kuala Lumpur di Kuala Lumpur; Bukit Melawati di Kuala Selangor, Pulau Angsa di Daerah Kuala Selangor dan Bukit Jugra, Banting di Selangor. Lokasi lain, Pantai Pasir Panjang, Mukim Pangkalan Baru Daerah Manjong di Perak; Pantai Acheh di Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah di Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah serta Kuala Sungai Baru di Simpang Empat, Perlis; Bukit Besar di Kuala Terengganu, Bukit Kemuning di Kemaman, Pulau Perhentian di Besut dan Balai Cerap Kolej Agama Sultan Zainal Abidin di Setiu, Terengganu.

Kawasan lain, Bukit Peraksi di Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling di Kuala Krai, dan Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri di Kota Baharu di Kelantan; Menara Universiti Malaysia Sabah bagi kampus Antarabangsa Labuan, Tanjung Dumpil di Sabah; Tanjung Lubang di Miri, Teluk Bandung di Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak. Bukit Tanjung Batu di Nenasi, Gunung Berincang di Cameron Highlands dan Bukit Pelindung di Kuantan, Pahang dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya.

No comments: