PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080818

Hajat emas Olimpik tidak kesampaian


















PEMAIN Malaysia, Lee Chong Wei (kiri) mengucapkan tahniah kepada pemain nombor satu dunia dari China, Lin Dan selepas perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki di Sukan Olimpik, Beijing malam tadi. Chong Wei kecundang kepada pilihan utama itu 21-12, 21-8.


Harapan Malaysia memenangi pingat emas pertama Sukan Olimpik tidak kesampaian apabila pemain utama negara, Lee Chong Wei, tumpas pada perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki, malam tadi. Chong Wei kecundang kepada pemain nombor satu dunia dan juga pilihan utama dari China, Lin Dan 21-12, 21-8.

Kekalahannya menamatkan pemburuan emas negara pada temasya di Beijing kali ini kerana badminton adalah satu-satunya sukan yang mempunyai harapan cerah untuk misi pencarian itu.

Namun, kemampuan Chong Wei mara ke perlawanan akhir tetap membanggakan kerana ia adalah pingat pertama dimenangi kontinjen negara selepas pulang dengan tangan kosong pada dua temasya sebelumnya, Sydney 2000 dan Athens 2004.

No comments: