Rang Undang-Undang Indentifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 yang bakal menjadi peraturan yang digunakan bagi mewajibkan suspek kes jenayah memberikan sampel DNA mereka kepada pihak berkuasa dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama hari ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang membentangkan rang-undang-undang itu berkata, kerajaan sudah merancang untuk mewujudkan akta tersebut sejak tahun 2001 bagi memudahkan proses pengecaman penjenayah.
Rang Undang-Undang Indentifikasi DNA, jika diluluskan, akan menyediakan hukuman yang boleh dikenakan terhadap mereka yang enggan memberi, membenar atau menghalang sampel DNA bukan intim (non-intimate) seperti kuku, calitan daripada bahagian bukan sulit badan dan air liur diambil untuk diuji dalam sesuatu kes jenayah yang disiasat.
Bagi sampel DNA intim (intimate sample) pula, air mani, darah, cecair badan atau tisu, urin, bulu kemaluan dan calitan bahagian sulit individu diwajibkan diambil daripada mereka yang menjadi suspek kes jenayah.
No comments:
Post a Comment