Penularan wabak malaria di Bario tidak menjejas kehadiran pelancong yang terus datang untuk berkunjung ke destinasi pelancongan popular di tanah tinggi utara Sarawak itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ba’kelalan, Nelson Balang Rinning, berkata pelancong tidak risau dengan penularan wabak itu kerana mereka masih boleh mendapatkan rawatan atau ubat anti- malaria dua minggu sebelum berkunjung ke situ.
Justeru, beliau berkata, tiada sebab bagi pelancong membatalkan niat datang ke Bario yang terkenal dengan eko-pelancongan.
“Kita tidak menolak kemungkinan ada pelancong takut dengan wabak berkenaan.
Namun, mereka masih ada cara untuk mengelak jangkitan malaria. Setakat ini, penularan wabak malaria di Bario tidak menjejaskan kehadiran pelancong berkunjung ke kawasan tanah tinggi berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Wabak malaria di Bario dilaporkan meningkat dengan ketara sejak dua minggu lalu. Sehingga Jumaat lalu, sejumlah 136 kes malaria dilaporkan di kawasan berkenaan. Jabatan Kesihatan Sarawak sudahpun menghantar pegawai perubatan ke lokasi wabak untuk mengawal jangkitan kes itu sejak minggu lalu.
No comments:
Post a Comment