PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080805

Kerajaan kaji semula harga rumah kos rendah

Kerajaan bersedia mengkaji semula nilai rumah kos rendah yang ketika ini kekal pada harga RM42,000 berikutan rungutan pemaju perumahan yang terpaksa menanggung kenaikan kos membina rumah sehingga 30 peratus.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainudin bagaimanapun, berkata perkara itu memerlukan kajian yang teliti dan akan mengambil masa kerana ia membabitkan kepentingan rakyat bawahan.

“Kerajaan maklum mengenai kenaikan harga barang dan kos bahan binaan yang secara langsung menyebabkan kos pembinaan rumah meningkat.

“Tetapi, pemaju perumahan harus faham harga bahan binaan juga seperti harga minyak, ada masa naik dan ada masanya turun. Jadi, kita tidak boleh terus membuat sebarang perubahan jika harga sesuatu barang itu naik kerana mungkin esok harga itu akan turun kembali,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan Pusat Khidmat Pelanggan 24 jam oleh syarikat Raine, Horne & Zaki Property Management Sdn Bhd di kondominium Changkat View, di sini, semalam. Hadir sama, Penasihat Raine, Horne & Zaki Property Management Sdn Bhd, Datuk Zaki Said, Pengarah Eksekutif Raine, Horne International Zaki & Partners, Ganesh Chinnappan dan Ketua Pengarah Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta Malaysia Kementerian Kewangan, Datuk Sri Abdullah Thalith Md Thani.

Sebelum ini, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) menuntut kerajaan menaikkan harga rumah kos rendah daripada RM42,000 kepada RM60,000 dengan alasan pemaju tidak mampu menyerap kenaikan kos membina rumah kos rendah berikutan peningkatan harga bahan binaan.

Hamzah berkata, kementerian akan memastikan kajian penetapan harga rumah kos rendah bukan saja memberi keutamaan kepada kemampuan golongan berpendapatan rendah memiliki rumah selesa, malah menjamin pertumbuhan industri perumahan negara secara keseluruhannya.

Katanya, kerajaan menerusi Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) akan cuba merangka kerjasama dengan pemaju swasta dalam usaha memastikan sektor perumahan negara terus berkembang pesat.

“Menerusi kerjasama itu nanti, adalah diharap tiada lagi masalah kos atau pelbagai masalah sampingan sehingga terpaksa mengecilkan saiz rumah semata-mata untuk menjimatkan kos.

“Kerajaan menyedari pentingnya pemilikan rumah yang mampu dimiliki rakyat.

Kita juga yakin sasaran membina 80,400 unit rumah kos rendah pada Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) akan dapat dicapai berdasarkan kemampuan sektor swasta membina 97,200 unit dalam RMK-8 meskipun jumlah ditetapkan bagi tempoh itu ialah 40,000 unit,” katanya.

No comments: