PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20080805

Mohon visa umrah sebelum 31 ogos

Agensi pelancongan yang menguruskan jemaah umrah bagi Syaaban dan Ramadan perlu menghantar maklumat pelanggan mereka kepada Kementerian Haji Arab Saudi selewat-lewatnya akhir bulan ini.

Timbalan Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta), Datuk Mohd Khalid Harun berkata, langkah itu perlu bagi membolehkan pihak berkuasa Arab Saudi memproses setiap permohonan dengan cepat memandangkan jumlah permohonan bagi mengerjakan umrah dalam dua bulan itu melebihi daripada biasa.

Katanya, perkara itu terkandung dalam garis panduan berkaitan penyerahan pasport untuk permohonan visa umrah di dua bulan itu yang perlu dipatuhi semua ejen pelancongan di Malaysia.

“Rejab, Syaaban dan Ramadan adalah musim kemuncak untuk umat Islam mengerjakan umrah di Tanah Suci dan dianggarkan kira-kira 20,000 umat Islam di negara ini akan melakukan ibadat itu tahun ini.

“Justeru, Kedutaan meminta semua agensi pelancongan supaya membuat persediaan sewajarnya dan segera membuat permohonan untuk mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Haji, Arab Saudi.

“Perlu diingat masa yang mencukupi perlu diberi kepada Kedutaan Arab Saudi untuk mempercepatkan proses pengeluaran visa tanpa sebarang kesulitan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Mohd Khalid berkata, tarikh akhir pengeluaran visa dari kedutaan Arab Saudi kepada jemaah umrah bagi bulan berkenaan ialah pada pertengahan Ramadan bersamaan 15 September depan.

Justeru, beliau menasihat ahli Matta terbabit pengurusan umrah supaya mematuhi garis panduan dikeluarkan supaya tidak menyulitkan pelanggan yang berurusan dengan mereka.

No comments: