SIBU 2 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Sibu, 16 Mei ini merupakan satu cabaran yang perlu diambil serius.
Beliau bagaimanapun yakin atas semangat setiakawan dalam BN pusat dan Sarawak, jentera pilihan raya BN akan bergerak dengan lancar untuk mencapai kejayaan dalam mengekalkan kerusi Sibu.
"Persaingan yang kita (BN) hadapi mungkin sengit dan akan tertumpu pada kesungguhan dalam usaha yang kita lakukan,” katanya di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Ismail Jamaluddin dan calon BN, Robert Lau Hoi Yew (Robert Lau Junior).
Ditanya peluang BN untuk mengekalkan kerusi Sibu, Perdana Menteri berkata, BN akan berusaha sedaya upaya dengan kerjasama semua parti-parti komponen BN.
- Bernama
No comments:
Post a Comment