PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20100502

Najib minta penduduk Sibu undi BN demi masa depan lebih terjamin

Datuk Seri Najib bermesra dan bersembang bersama rakyat


SIBU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini memberikan mesej yang mudah tetapi amat penting kepada penduduk Sibu, iaitu undi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu 16 Mei ini.

"BN patut menjadi pilihan demi harapan dan masa depan lebih terjamin," katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat di bandar Sungai Merah di sini.

Turut mengiringi beliau ialah calon BN, Robert Lau Hoi Yew; Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin parti komponen BN.

Najib berkata, beliau, Taib dan semua menteri dan wakil rakyat BN akan memberikan sokongan padu kepada Lau, yang lebih mesra dengan gelaran Robert Lau Junior di kalangan penduduk, dalam menjalankan tanggungjawab jika dipilih.

Beliau juga berkata, Sibu mempunyai potensi untuk membangun lebih pesat lagi berdasarkan kemahiran keusahawanan yang dimiliki penduduknya.

"Penduduk Sibu, terutamanya kaum Foochow, memang terkenal dengan kemahiran berniaga, mahir dalam perdagangan, sedia untuk bekerja keras dan semangat kental mereka untuk berjaya, yang diwarisi daripada nenek moyang mereka," katanya.

Semua kualiti itu, kata Najib, ditambah pula dengan komitmen dan keupayaan BN untuk melaksanakannya, selaras dengan bandar itu untuk membangun dengan lebih pesat lagi.
Najib berkata, ahli Parlimen Sibu dan Timbalan Menteri Pengangkutan sebelum ini, mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew adalah contoh terbaik semangat Foochow yang dipaparkan melalui khidmatnya kepada rakyat, bandar, negeri dan negara.

"Mendiang adalah seorang daripada pemimpin yang benar-benar komited untuk memperbaiki kehidupan penduduk Sibu dan pentadbiran BN.

"Saya hanya mendapat tahu baru-baru ini bahawa beliau sebenarnya sakit ketika beliau mengiringi saya melakukan tinjauan mesra di Sibu Central Market dalam lawatan saya kira-kira sebulan setengah lalu. Namun beliau tetap mengiringi saya," katanya.

Semangat mendiang akan terus hidup dalam diri penggantinya, Robert Lau Junior, yang akan menunjukkan komitmen sama untuk berkhidmat kepada rakyat, katanya.

Najib juga berkata, beliau menjadikan Sungai Merah sebagai perhentian pertamanya dalam melakukan tinjauan mesra itu kerana beliau mahu memberi pengiktirafan terhadap sumbangan kaum Cina yang juga penduduk awal di kawasan itu dalam membangunkan bandar itu khususnya, dan negeri dan negara amnya.

Bandar itu yang terletak kira-kira 7 kilometer dari sini, adalah kawasan pendaratan pertama kaum Foochow di bawah pimpinan ketua mereka, Wong Nai Siong pada 1901, dan kaum Heng Hua apabila mereka tiba dari China pada awal abad lalu.

Dari sini, mereka kemudiannya berpindah ke kawasan lain di negeri ini.

Terdahulu, sejurus tiba di sini, Najib menghabiskan masa kira-kira sejam beramah mesra dengan ratusan penduduk yang datang menyambut ketibaan beliau.

Beliau juga sempat menikmati kopi di dua kedai kopi.

Kemudiannya, pada majlis pemimpin bersama rakyat di SK Bandaran Sibu No 3 di Kampung Bandong, Najib berkata, semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama atau sama ada mereka dari Semenanjung, Sabah atau Sarawak akan mendapat manfaat daripada konsep 1Malaysia yang diilhamkannya.

"Ia umpama seperti berteduh di bawah satu bumbung, terlindung daripada bahang matahari dan hujan. 1Malaysia ialah ikatan perpaduan bagi kita semua," katanya.

Najib berkata, beliau mengilhamkan konsep itu kerana terdapat keperluan untuk semua untuk saling berkompromi jika mahu negara terus menikmati pembangunan pesat dan lebih makmur lagi.

"1Malaysia adalah satu ikatan yang tak boleh dirungkai, dimaki hasut atau dibawa ke hala tuju yang lain," katanya.

Najib turut menyentuh mengenai pertemuan beliau baru-baru ini dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan berkata, beliau adalah satu-satunya pemimpin dari Asia Tenggara yang diberikan peluang itu.

- Bernama

No comments: