PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20100524

Cuepacs masih mahu kerajaan kaji bonus dua bulan

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) masih menaruh harapan kerajaan akan menimbang semula pemberian bonus dua bulan kepada penjawat awam selepas ekonomi negara menunjukkan perkembangan memberangsangkan.
Presidennya Omar Osman berkata beliau berharap rayuan pemberian bonus itu akan dipertimbangkan tahun ini.

“Kami faham bahawa pada tahun lepas, ekoran kegawatan ekonomi global kerajaan terpaksa menolak permintaan tersebut tetapi kami berharap kerajaan akan menimbang semula permintaan kami tahun ini kerana ekonomi negara semakin pulih,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat di Hospital Pulau Pinang di sini semalam.

Beliau berkata sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa ekonomi negara telah merekodkan pertumbuhan sebanyak 10.1 peratus bagi suku pertama tahun ini, Cuepacs berharap permintaan bagi pemberian bonus dua bulan kepada penjawat awam akan dapat dipenuhi.

Omar berkata Cuepacs juga mahu kerajaan menimbangkan semula cadangan memanjangkan tempoh cuti bersalin kepada 90 hari berbanding 60 hari ketika ini.

“Tempoh 60 hari cuti bersalin sedia ada jelas tidak memadai kepada pekerja wanita kerana kebanyakan mereka cenderung mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga anak dan menguruskan hal-hal keluarga yang lain,” katanya. — Bernama

No comments: