PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20090916

MASwings perkenal tambang serendah RM77 untuk Sibu-KK

Bermula 21 September ini, MASwings akan mengenakan tambang baru bagi penerbangan Sibu-Kota Kinabalu daripada serendah RM77 sehingga RM255.

“Tambang baru kami adalah serendah RM77 sehingga RM255 dengan mengenakan diskaun daripada 40 peratus sehingga 70 peratus. Walaupun ia masih mahal berbanding tambang AirAsia dahulu tetapi MASwings turut menyediakan perkhidmatan percuma dalam penerbangan tersebut,” kata Pengarah Urusan MASwings Mohd Salleh Ahmad Tabrani.

Katanya lagi, MASwings juga menyediakan perkhidmatan makanan percuma, bebas memilih tempat duduk, muatan barangan percuma 20kg, penyediaan bahan bacaan dan hiburan percuma termasuk penerbangan empat kali sehari ke Sibu.

Dengan adanya penerbangan empat kali sehari Sibu-Kota Kinabalu ia memboleh-kan penumpang melakukan perjalanan ulang-alik tanpa bermalam dalam satu masa.

“Kepada ahli perniagaan, ia amat sesuai bagi anda untuk menjalankan urusan perniagaan berulang-alik ke Sabah. Selain itu, ia menjimatkan masa termasuk belanja,” katanya semasa mengadakan sidang media dengan pemberita di sini, semalam.

Orang ramai katanya boleh membuat tempahan tiket di internet, mana-mana ejen pelancongan atau pejabat MASwings bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Isu penerbangan di Sarawak dibangkitkan oleh Gabungan Persatuan Cina (UCA) berikutan perkhidmatan penerbangan di Sarawak mempunyai masalah setelah syarikat AirAsia tidak meneruskan lagi pe-nerbangan ke Kota Kinabalu.

Setelah AirAsia tidak lagi meneruskan perkhidmatan penerbangan Sibu-Kota Kinabalu, MASwings dan MAS akan mengambil alih penerbangan tersebut.

Selain itu UCA turut men-dakwa tambang penerbangan MAS terlalu membebankan sehingga membawa isu ini ke Kementerian Pengangkutan.

Hadir sama pada sidang media tersebut ialah Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Robert Lau, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh dan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu Datuk Tiong Thai King.

No comments: