Elak jangkitan wabak pada Aidilfitri
Bimbang dengan kemungkinan Influenza A (H1N1) merebak pantas ke seluruh negara berikutan pergerakan besar-besaran rakyat ketika cuti Aidilfitri hujung minggu ini, orang ramai disaran membawa bersama kit pencegahan H1N1 sepanjang masa dan ke mana saja mereka pergi.
Mereka yang akan pulang berhari raya di kampung halaman atau bercuti sempena cuti panjang Aidilfitri minggu depan juga diminta menjaga kebersihan diri dan sentiasa peka terhadap tanda-tanda kemungkinan dijangkiti penyakit itu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata kit mengandungi topeng mulut dan hidung, tisu serta pencuci tangan antikuman yang tidak perlu dibilas boleh disediakan sendiri atau dibeli di farmasi.
"Ia perlu dianggap sebagai barang perlu dimiliki oleh semua yang bercadang balik kampung sama ada menggunakan kenderaan sendiri atau perkhidmatan awam.
"Kit H1N1 boleh disediakan sendiri dan perlu sentiasa dibawa. Hanya perlu ada tiga komponen untuk melengkapkan kit itu yang mempunyai pencuci tangan antikuman, topeng penutup mulut serta hidung dan tisu," katanya semalam.
No comments:
Post a Comment