PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20090916

Kapal selam pertama Malaysia mula kawal perairan negara bulan depan

Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman (KD TAR) mula beroperasi menjaga kedaulatan perairan negara pertengahan Oktober ini, selepas membuat ujian dan penyesuaian di kawasan laut tropika.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, berkata KD TAR tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah, esok dan pada persiapan akhir bagi tujuan itu.

Serentak itu, katanya, TLDM mengesyorkan kepada Majlis Angkatan Tentera (MAT) menimbang kelulusan beberapa insentif perkhidmatan kepada krew kapal selam untuk kelulusan.

"Insentif dalam bentuk elaun sudah diluluskan dan kita berhasrat memohon insentif perkhidmatan untuk mereka.

"Insentif perkhidmatan itu termasuk seseorang krew kapal selam yang bersara selepas berkhidmat 10 tahun, kita menganggap perkhidmatannya ialah 20 tahun.

"Pada asasnya insentif yang kita syorkan itu berdasarkan apa yang diberikan negara maju kepada krew kapal selam mereka," katanya selepas menyempurnakan majlis Pentauliahan Kapal Diraja (KD) Sri Gombak di sini, semalam.

Pada 3 September lalu, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke majlis sambutan ketibaan KD TAR di pangkalan KD Sultan Abdul Aziz Shah, Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor.

KD TAR yang dikendali 32 pegawai dan anggota diketuai Pegawai Memerintah, Komander Zulhelmy Ithnain. Kapal selam kedua, KD Tun Razak kini melakukan pelayaran percubaan di lautan Perancis.

Satu kumpulan krew kapal selam dikenali Skuadron Sokongan juga giat menjalani latihan di negara sama.

Apabila kumpulan itu menamatkan latihan, TLDM akan memiliki 96 krew kapal selam bertauliah semuanya.

Sementara itu, Abdul Aziz menyifatkan pentauliahan KD Sri Gombak pengiktirafan tidak ternilai oleh Seri Paduka terhadap unit berusia 10 tahun itu yang selama ini menyumbang khidmat bantuan kepada 700 warga TLDM di Lembah Klang.

KD Sri Gombak unit keempat TLDM ditauliahkan dan unit seterusnya yang ditauliahkan ialah KD Sri Langkawi, Disember ini.

No comments: