PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20090709

Sarawak: 194,887 hak milik tanah NCR dilulus

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak sudah mengeluarkan 45,260 hak milik tanah kediaman dan 149,627 lagi pertanian, membabitkan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di negeri ini, sehingga 18 Jun lalu. Ia masing-masing membabitkan 3,854.75 hektar tanah NCR yang diiktiraf untuk kediaman, manakala 301,723.75 hektar tanah NCR pertanian.

Penolong Pengarah Jabatan Tanah, Brahim Lumpu, berkata kediaman jumlah hak milik tanah terbanyak dikeluarkan di Bahagian Kuching iaitu 19,420 hak milik membabitkan 1,275.68 hektar tanah NCR. Bagi pertanian katanya, Bahagian Betong mencatatkan jumlah pengeluaran hak milik terbanyak iaitu 21,716 hak milik untuk kawasan pertanian seluas 41,062.31 hektar.

"Namun, dari segi keluasan, kawasan NCR paling besar yang diberikan hak milik bagi tujuan pertanian ialah di Bahagian Limbang iaitu membabitkan kawasan seluas 52,888.17 hektar untuk 20,382 hak milik," katanya ketika memberi taklimat kepada wakil media di Ibu Pejabat Jabatan Tanah dan Survei di Wisma Pelita di sini, semalam.

Taklimat pertama seumpamanya itu diadakan bagi memberikan gambaran lebih jelas mengenai peranan, tanggungjawab dan undang-undang berkaitan tanah di negeri ini, berikutan isu tanah dekat pada hati rakyat dan sering menjadi isu hangat bukan sahaja di Dewan Undangan Negeri, malah dalam setiap pilihan raya di Sarawak. Hadir sama pada majlis taklimat berkenaan ialah Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Datuk Sudarsono Osman.

Terdahulu, pada majlis taklimat sama, Penolong Pengarah Penilaian jabatan itu, Zaidi Mahdi, berkata pengambialihan tanah dibuat bagi membolehkan pelbagai projek pembangunan penting dilaksanakan di negeri ini. Katanya, antara 2006 dan 2008 iaitu pada Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sejumlah RM435.7 juta sudah dibelanjakan bagi tujuan pengambilalihan tanah untuk membolehkan pelaksanaan 391 projek, dengan ia membabitkan 10,577 lot berkeluasan 7,523 hektar.

"Sepanjang RMK-8 sejumlah RM785.7 juta dibelanjakan bagi tujuan sama untuk membolehkan pelaksanaan 766 projek. Ia membabitkan 32,810 lot seluas 231,571 hektar.

"Sepanjang RMK-7 sebanyak RM657.45 juta dibelanjakan untuk pengambilalihan tanah bagi membolehkan 837 projek dilaksanakan. Ia membabitkan 32,343 lot seluas 19,833 hektar," katanya.

Mengenai masalah setinggan, Zaidi berkata, masih ada 8,915 rumah setinggan di negeri ini setakat 31 Mei lalu, dengan pada masa sama 3,957 rumah setinggan dirobohkan sejak 2002. Dari segi kutipan cukai tanah pula, jabatan itu mengutip RM262.39 juta sepanjang tahun lalu, manakala setakat 31 Mei lalu pula sejumlah 547,743 hak milik tanah sudah dikeluarkan Cawangan Tanah jabatan itu.

Turut memberi taklimat pada majlis itu ialah Penolong Pengarah Perancangan jabatan itu, Laping Jawa. Media turut dibawa melawat beberapa bahagian penting di jabatan berkenaan.

No comments: