PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20090716

PNB jual baki peruntukan ASM 21 Julai ini

Baki 1.6 bilion unit Amanah Saham Malaysia (ASM) yang diperuntukkan kepada bumiputera tetapi tidak dilanggan akan dibuka jualannya kepada semua kaum di negara ini mulai 21 Julai ini.

Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Bhd. (PNB) Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, had pelaburan maksimum sebanyak 20,000 unit akan dikenakan untuk setiap pemegang akaun selama tujuh hari sehingga 27 Julai.

"Selepas tarikh itu pelabur boleh melanggan unit ASM ini tanpa sebarang had pelaburan maksimum bergantung kepada unit yang masih ada. Jualan bagi unit tambahan ASM ini adalah berasaskan kepada siapa cepat dia dapat," katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Unit berharga tetap RM1.00 seunit berjumlah 1.6 bilion yang ditawarkan itu merupakan sebahagian daripada 3.33 bilion unit tambahan ASM yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 20 April lepas di Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) di Johor yang mana buat pertama kalinya sistem kuota diperkenalkan.

Sebelum ini, ASM terbuka untuk semua rakyat Malaysia berumur enam bulan ke atas.
Menurut Hamad Kama, sistem kuota yang diperkenalkan pada 21 April lalu bertujuan memberi peluang kepada bumiputera untuk turut serta melabur dalam dana berkenaan.

"Ini kali pertama kita perkenalkan kuota untuk ASM tetapi ia hanya untuk tempoh tiga bulan sahaja dan selepas itu kita buka kepada semua kaum untuk membeli baki unit yang ada," katanya.

Beliau berkata, peruntukan unit tambahan ASM untuk kaum Cina dan India telah habis dilanggan.

Unit tambahan ASM sebanyak 3.33 bilion itu memperuntukkan unit kepada bumiputera sebanyak 50 peratus, Cina (30 peratus), India (15 peratus) dan lain-lain kaum sebanyak lima peratus.

ASM dilancarkan dengan saiz dana berjumlah dua bilion unit pada tahun 2000 yang mana habis dijual dalam tempoh 21 hari.

Semenjak diperkenalkan, ASM telah menawarkan unit tambahan baru sebanyak enam kali berjumlah 7.63 bilion unit.

No comments: