PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20090716

Kutipan cukai berkurangan tahun ini

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjangka kutipan cukai akan berkurangan sedikit tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Hasmah Abdullah berkata, ini berikutan kelonggaran pembayaran bagi mereka yang berdepan dengan kesukaran semasa kelembapan ekonomi kini.

"Jadi, akan berlaku aliran menurun dalam kutipan. Tahun lepas, pertumbuhan perolehan adalah 10 hingga 15 peratus tetapi kali ini, ia akan berkurangan daripada lima peratus, jumlah yang tidaklah teruk sangat," kata beliau selepas pelancaran kerjasama pembayaran gaji secara dalam talian antara LHDN, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan EON Bank Bhd.

Menurut Hasmah, LHDN memberi kelonggaran membayar cukai dalam tempoh yang lebih panjang dan jumlah bayaran ansuran yang lebih kecil kepada pembayar cukai yang terjejas untuk jangka masa tertentu.

Tahun lepas LHDN dapat mengutip cukai sebanyak RM90.6 bilion.

Bagi enam bulan pertama tahun ini beliau berkata, kira-kira RM6.7 bilion telah dikutip melalui perkhidmatan pembayaran gaji secara dalam talian hasil kerjasama dengan tujuh bank iaitu Maybank, Hong Leong Bank, CIMB Bank, Islamic Bank, Public Bank, RHB Bank dan CitiBank.

Beliau berkata, LHDN juga meninjau lebih banyak kerjasama dengan bank lain bagi menawarkan kemudahan pembayaran bagi pembayar cukai.

- Bernama

No comments: