PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20090714

Kupon beli beras

Sistem pastikan subsidi untuk golongan miskin tak diseleweng

Mulai September ini, kerajaan akan memperkenalkan sistem kupon bagi membolehkan golongan miskin dan berpendapatan rendah membeli beras super tempatan 15 peratus hancur (ST15). Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar, berkata ia sebagai langkah mengatasi masalah kekurangan bekalan beras jenis ST15 di pasaran, selain memastikan ia hanya dinikmati kumpulan sasaran iaitu golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Beliau mendedahkan ketika ini pendatang tanpa izin, pengusaha restoran dan peruncit turut mengambil kesempatan membeli beras ST15 sehingga menyebabkan bekalannya tidak mencukupi.

"Kementerian akan menyelaraskan sistem kupon itu melalui Bank Data Kemiskinan Nasional atau e-kasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri untuk tujuan pengagihan bagi memastikan rakyat miskin di bandar dan luar bandar tanpa mengira kaum mendapat bekalan beras itu.

"Kita cadang laksanakan sistem kupon ini... mungkin September ini apabila tempoh insentif beras iaitu fasa kedua subsidi beras dikaji semula.


"Matlamat kita ialah memastikan hanya orang yang layak menikmati beras ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pelaburan Pertanian Untuk Usahawan dan Syarikat Swasta anjuran Jabatan Pertanian dan Biro Pertanian dan Industri Asas Tani Pemuda Umno di sini, semalam.

Harga sekilogram beras ST15 ialah RM1.80. Noh berkata, pelaksanaan sistem kupon juga dapat mengurangkan jumlah subsidi kerajaan kerana pengeluaran beras ST15 dapat dikurangkan kepada 20,000 hingga 30,000 tan sebulan.

Keluaran ST15 sebulan sekarang ialah 40,000 tan. Ketika ini, jumlah subsidi dibayar kepada pengilang yang mengeluarkan beras jenis itu ialah kira-kira RM32 juta sebulan, iaitu RM750 bagi setiap satu tan ST15 yang dikeluarkan.

"Kita bagi subsidi untuk pengeluaran 40,000 tan beras ST15 sebulan, bermakna pengilang boleh mendapat kira-kira RM1 juta subsidi sehari," katanya.

Noh juga memberi jaminan kementeriannya akan memastikan setiap rakyat miskin yang menetap dalam bandar turut menikmati beras berkenaan. "Kementerian akan menggunakan pendekatan yang sesuai dan berkesan bagi memastikan senarai nama mereka yang layak adalah tepat dan menyeluruh.

"Langkah sama digunakan di Indonesia iaitu membabitkan 8 juta rakyat yang benar-benar layak saja dapat menikmati bekalan beras yang disubsidi kerajaan," katanya.

Menjawab soalan, beliau berkata, perbuatan pemborong yang 'menukar baju' atau menukar bungkusan beras itu selepas menerima bekalan daripada pengilang adalah antara faktor menyebabkan kekurangan bekalan beras ST15 di pasaran.

No comments: