PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20090618

Syor tindakan tegas warga asing biadab

KEBANJIRAN pendatang asing yang mendatangkan pelbagai masalah sosial termasuk mengganggu wanita tempatan mendapat perhatian Ahli Parlimen, semalam.

Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) berkata, kehadiran begitu ramai warga asing menyebabkan beberapa tempat seperti Balakong tidak lagi menjadi lokasi penduduk tempatan sehingga namanya dikenali sebagai 'Banglakong', manakala pasar minggu tidak lagi menjadi tumpuan warga tempatan sebaliknya dipenuhi warga asing.

"Begitu juga di Chow Kit, Johor Bahru, Batu Pahat, kawasan ini memperlihatkan negara ini tidak lagi menjadi tempat selamat kepada penduduk tempatan berikutan kebanjiran tiga juta rakyat asing bekerja di negara ini.

"Masyarakat tempatan juga ketakutan apabila pekerja asing bersikap kurang ajar tanpa fikir anak dara atau isteri orang. Kenapa tidak dibuat undang-undang seperti negara lain sehingga rakyat luar tidak berani mengangkat muka.

"Tidak ada undang-undang yang boleh mengawal mereka, cuba buat undang-undang macam Speaker lakukan kepada wakil rakyat pembangkang apabila orang biadab dalam Dewan, mereka disuruh keluar," katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop. Abu Seman berkata, kelakuan tidak senonoh seperti mengganggu wanita, mabuk dan membuat bising lebih bersifat kesalahan kecil.

Bagaimanapun, kesalahan lebih berat seperti mencabul kehormatan, peras ugut, merusuh, mendatangkan kecederaan tidak akan terlepas daripada siasatan polis. Terdahulu menjawab soalan asal, Abu Seman berkata, tidak dinafikan masyarakat tempatan berasa kurang senang serta resah dengan tingkah laku segelintir warga asing terdiri daripada pekerja dan pelajar yang berkelakuan keterlaluan dan tidak senonoh.

Beliau berkata, ia mengancam keselamatan dan ketenteraman awam, tetapi tidak banyak aktiviti tidak senonoh dilaporkan kepada pihak berkuasa seperti polis dan Jabatan Imigresen.

No comments: