PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20090608

Sarawak: Isu caj tinggi Kastam Brunei

Isu caj perkhidmatan tinggi yang dikenakan oleh Kastam dan Eksais Diraja Brunei Darussalam terhadap barangan yang dibawa operator pengangkutan melalui sempadan negara itu untuk ke Limbang akan dibincangkan dalam mesyuarat Kawasan Pertumbuhan Asean Timur-Brunei Indonesia Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA), akan datang.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata perkara itu akan dibincang dalam konteks BIMP-EAGA untuk mencari jalan penyelesaian terbaik demi kepentingan semua pihak. Sambil menjelaskan bahawa kerajaan negeri sedang menyiasat apa yang berlaku, beliau berkata, BIMP-EAGA mempunyai jawatankuasa untuk membincangkan apa juga masalah yang membabitkan hubungan dan kerjasama dua hala antara semua negara terbabit.

"Saya percaya masalah ini dapat diselesaikan secara baik melalui meja bulat BIMP-EAGA,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Pembangunan 45 Tahun Sarawak Maju Dalam Malaysia di Dewan Suarah Limbang, di sini, kelmarin. Turut hadir Ahli Parlimen Limbang, Hasbi Habibollah; Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Kota, Dr Abdul Rahman Ismail dan Adun Batu Danau, Paulus Palu Gumbang.

Kelmarin Bernama melaporkan operator pengangkutan barangan dan pengunjung bahagian itu terkilan dengan apa yang mereka sifatkan sebagai caj perkhidmatan tinggi yang dikenakan oleh pihak berkuasa negara itu, terhadap barangan yang dibawa melalui sempadan negara itu untuk ke Limbang.

Caj sebanyak B25 atau kira-kira RM60 dikenakan ke atas barang kawalan yang dibawa dengan kenderaan persendirian dan B100 atau kira-kira RM242 bagi barangan kawalan yang dibawa dengan kenderaan perdagangan, ketika melalui pusat pemeriksaan di sempadan Malaysia-Brunei sejak 1 April lalu. Limbang adalah bahagian paling utara di Sarawak, hanya boleh pergi menerusi jalan darat dari mana-mana kawasan di Sarawak atau Sabah, melalui Brunei.

Naib Pengerusi Persatuan Pemilik Lori Miri, Kong Min Seng, berkata ekoran caj itu, mereka terpaksa membayar hampir RM500 bagi mambawa muatan untuk ke Lawas, daerah paling utara di Limbang.

No comments: