PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20090615

1Sarawak 1Harga

Kempen memastikan harga barang di luar bandar sama dengan di bandar mulai 1 Julai: Ismail Sabri

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan melaksanakan kempen 1Sarawak 1Harga bagi memastikan harga barang yang dijual di luar bandar sama dengan di bandar.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, melalui kempen itu, kerajaan akan menanggung segala kos pengangkutan yang selama ini dianggap sebagai faktor kenaikan harga barang.

“Dengan terlaksananya kempen ini, maka para pemborong tidak lagi mengambil kesempatan terhadap peruncit di kawasan luar bandar kerana kos pengangkutan ditanggung oleh kerajaan.

“Jadi, tiada alasan lagi untuk mereka menaikkan harga barang selepas ini,” katanya pada sidang media selepas melawat Koperasi Kampung Tebakang Melayu di sini, semalam.

Beliau berkata, selapas terlaksananya kempen itu, penduduk di kawasan luar bandar akan dapat menikmati harga yang sama dengan penduduk bandar.

“Walaupun sebelum ini harga barang di kawasan luar bandar melebihi harga siling, namun kerajaan tidak dapat mengambil tindakan… kerana mereka terpaksa menanggung kos pengangkutan yang agak tinggi,” katanya.

Ismail Sabri menjelaskan, penduduk kawasan luar bandar akan menikmati harga yang sama dengan di bandar apabila kempen tersebut dilancarkan pada 1 Julai ini.

“Jika sebelum ini, mereka terpaksa menanggung harga gula RM1.80 untuk sekilogram… selepas tempoh itu, mereka akan menikmati harga sama dengan di bandar iaitu RM1.45 sekilo (harga siling),” katanya.

Beliau berkata, kempen berkenaan akan dimulakan di bahagian Serian dan akan memberi manfaat kepada kira-kira 20,000 penduduk di kawasan itu.

“Ia akan melibatkan kerjasama 10 koperasi di kawasan itu bagi menjayakan kempen ini,” katanya.

Ismail Sabri berkata, ini merupakan kali pertama di Malaysia koperasi besar akan menjadi pemborong kepada kedai-kedai koperasi.

Beliau menambah, Koperasi Kampung Bunan Berhad akan menjadi koperasi induk yang akan menyediakan barang pukal dan menjual kepada kedai koperasi dan kedai runcit dengan harga borong.

Sembilan lagi koperasi lain ialah Koperasi Sungkuh Banta Ma Dagang Berhad, Koperasi Kampung Mongkos Berhad, Koperasi Kampung Tebakang Bidayuh, Koperasi Kampung Pichin Berhad, Koperasi Mayang Tembawang Berhad, Koperasi Kampung Tebakang Melayu, Koperasi Mentu Pundok Berhad, Koperasi Batu Bedang Berhad dan Koperasi Kampung Riih Mawang Berhad.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan telah memberi subsidi berjumlah RM1.1 bilion untuk tiga barang keperluan iaitu gula pasir, roti putih dan tepung gandum.

“Setakat ini, barang-barang itu diberikan subsidi oleh kerajaan dan kita memberi subsidi yang banyak kepada barang keperluan ini,” katanya.

Turut hadir ialah Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang dan Koperasi) Datuk Peter Nyarok Entri dan Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Ahmad Nasir Khosri.

1Malaysia beri lebih perhatian kepada rakyat miskin

KOMITMEN untuk membantu rakyat sebenarnya bukan sekadar manifesto sewaktu kempen pilihan raya. Ia juga bukan umpan untuk memenangi undi tetapi perlu dilakukan secara berterusan.

Dan itulah yang dilakukan oleh kerajaan selama ini. Malah apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri di Kuching kelmarin, adalah bukti keprihatinan kerajaan.

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, semua kaum akan mendapat pembelaan sewajarnya. Isu membasmi kemiskinan bukan agenda untuk kaum tertentu sahaja. Ia merangkumi semua kaum, tanpa mengira anutan agama atau kepercayaan.

Semua rakyat akan dibela termasuklah mereka di pedalaman. Menerusi gagasan 1Malaysia, hak semua rakyat diberi keutamaan.

Malah Najib berikrar bahawa rakyat yang masih terkebelakang dan miskin akan mendapat lebih pembelaan menerusi 1Malaysia.

Ini bermakna, setiap kaum akan membangun secara bersama. Dalam kata lain, rakyat yang tinggal di pedalaman - termasuk di Sabah dan Sarawak - akan turut mendapat pembelaan.
Kenyataan tersebut sekali gus menafikan dakwaan pihak-pihak yang menentang 1Malaysia. Gagasan itu sebenarnya akan menjadikan rakyat, terutama yang tinggal di luar bandar, lebih terbela.


Dalam bahasa yang lebih mudah difahami, kerajaan akan mengambil kira kepentingan semua kaum apabila melaksanakan sesuatu program pembangunan. Tidak kira yang tinggal di bandar, luar bandar mahupun di kawasan terpencil.

Pemisahan fizikal antara bandar dan luar bandar atau antara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak tidak akan menjadi penghalang. Malah isu kebajikan rakyat di Kepulauan Borneo itu turut mendapat jaminan.

Kita sangat berharap selepas ini rakyat akan sedar bahawa gagasan itu dilaksanakan demi kebaikan mereka. Jangan mudah terpedaya dengan dakyah oleh pihak yang tidak senang dengan perpaduan yang wujud antara masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Seperti kata Perdana Menteri, Laut China Selatan bukannya pemisah untuk rakyat hidup dalam "penyatuan serta perpaduan" di bawah konsep 1Malaysia. Rakyat boleh membina "satu impian, satu bangsa dan paling penting, Satu Malaysia".

Kebajikan untuk rakyat miskin - biasanya yang tinggal di pedalaman atau kawasan terpencil - sentiasa menjadi isu. Setelah lebih 50 tahun merdeka, isu itu masih belum diselesaikan sepenuhnya. Malah itulah isu yang sering dijadikan modal oleh pembangkang untuk menidakkan usaha kerajaan.

Kononnya kerajaan gagal menangani isu kemiskinan dan golongan miskin gagal mendapat pembelaan sewajarnya.

Bagaimanapun pembangunan seharusnya dilihat dalam konteks yang lebih luas dan menyeluruh.
Jangan hanya kerana gagal membina lebuh raya untuk menghubungkan dua kawasan terpencil - walaupun ada laluan lain - kerajaan dianggap tidak berjaya membela nasib rakyat di pedalaman.


Berilah masa untuk kerajaan membuktikan kesungguhan menangani isu kemiskinan ini menerusi 1Malaysia. Jangan terlalu cepat menghukum.

No comments: