PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20090515

Tambang haji dijangka naik

Tambang mengerjakan haji bagi musim ini dijangka meningkat berikutan kerja menaik taraf tempat tinggal dan sistem pengangkutan yang dilakukan kerajaan Arab Saudi di Tanah Suci, sekali gus menyebabkan perbelanjaan pembiayaan penginapan serta pengangkutan melonjak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom, berkata pihaknya sedang menunggu perkembangan terkini dari kerajaan Arab Saudi berhubung kos menunaikan haji sebelum sebarang keputusan mengenainya boleh dibuat.

“Ketika ini kerja menaik taraf tempat tinggal jemaah dan sistem pengangkutan sedang dilakukan di Arab Saudi. Kalau adanya pembinaan baru yang akan memberi keselesaan kepada jemaah haji dibuat, sudah tentu kosnya akan naik.

“Kalau dulu, dalam satu bilik mungkin boleh tinggal 10 orang, tetapi selepas pengubahsuaian dilakukan, bilangan itu terpaksa dikecilkan. Apapun sebarang keputusan bergantung kepada keadaan semasa di Arab Saudi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Pelancongan Islam, Haji dan Umrah di sini, semalam. Tahun lalu, seramai 27,000 jemaah haji tidak mengalami kesan kenaikan kos menunaikan haji berikutan kesediaan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menanggung kos tambahan sebanyak RM2,600 bagi setiap jemaah.

Tabung Haji memperuntukkan lebih RM100 juta daripada keuntungan yang diraih tahun lalu untuk menanggung kos kenaikan tambang, penginapan dan makanan yang tidak dapat dielakkan.

Ketika ini, tambang haji ialah RM8,973 di Semenanjung dan masing-masing RM9,054 dan RM9,096 di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Jamil berkata, jemaah negara ini yang akan menunaikan ibadat haji tahun ini, diwajibkan menggunakan pasport antarabangsa berbanding pasport haji seperti tahun sebelumnya, selaras peraturan baru ditetapkan kerajaan Arab Saudi. Katanya, penggunaan pasport antarabangsa itu diwajibkan bukan saja kepada jemaah haji Malaysia tetapi jemaah seluruh dunia berikutan pelaksanaan peraturan baru berkenaan.

“Penggunaan itu akan membolehkan pasport yang digunakan oleh jemaah haji dari seluruh dunia dapat diselaraskan dan ia akan memudahkan urusan kemasukan jemaah di Tanah Suci,” katanya.

Sebelum ini, jemaah haji Malaysia hanya perlu menggunakan pasport haji yang dikeluarkan Tabung Haji.

No comments: