PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20090519

Sarawak: Kementerian lulus RM2.16b laksana projek luar bandar

KERAJAAN Pusat menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW) meluluskan peruntukan sebanyak RM2.16 bilion untuk program dan projek luar bandar di negeri ini sehingga 30 April lalu. Jumlah ini meliputi 19.6 peratus daripada keseluruhan peruntukan kementerian berkenaan untuk Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi pelaksanaan projek pembangunan luar bandar di seluruh negeri ini.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata daripada jumlah itu RM646.1 juta diperuntukkan bagi projek pembangunan luar bandar.

Katanya, sejumlah RM443.4 juta diperuntukkan bagi projek pembangunan prasarana, utiliti dan kemudahan sosial luar bandar, termasuk Projek Jalan Luar Bandar (JALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), Projek Jalan Kampung (PJK), Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Projek Ameniti Sosial (PAMS) dan Lampu Jalan Kampung (LJK). "Sebanyak RM46.8 juta pula diperuntukkan untuk melaksanakan projek pembasmian kemiskinan manakala baki RM155.9 juta adalah untuk projek pembangunan modal insan, ekonomi desa, pembangunan tanah dan wilayah serta pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan bagi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) pada hari keenam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.
Mengenai program pembasmian kemiskinan, beliau berkata, KPLB dilantik oleh KKLBW selaku penyelaras Program Bantuan Rumah.

Katanya, sejumlah RM103 juta diperuntukkan untuk program itu tahun ini dengan RM12 juta diperuntukkan oleh KKLBW, manakala RM91 juta daripada Pakej Rangsangan Ekonomi pertama. Awang Tengah berkata, setakat 30 April lalu, KPLB meluluskan 2,573 projek dan semua projek berkenaan ditawarkan kepada 590 kontraktor Kelas F yang layak.

"Daripada projek itu, 1,271 rumah akan dibina baru, manakala 1,102 rumah akan dibaik pulih dengan kos RM71.3 juta," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Sarawak mendapat sejumlah RM17.76 juta tahun ini, peningkatan 70 peratus berbanding RM10.41 juta tahun lalu.

Daripada jumlah itu, katanya, sejumlah RM12.92 juta adalah untuk pendidikan prasekolah iaitu tabika dan taska ke arah menyediakan kemudahan pembelajaran lebih kondusif.

"Setakat 30 April lalu, terdapat 15,718 kanak-kanak Tabika Kemas di Sarawak, dengan 747 guru terlatih yang dibantu 97 pembantu pemaju masyarakat.

"Seramai 484 kanak-kanak berumur antara dua hingga empat tahun berdaftar di 40 taska di seluruh Sarawak yang dikendalikan 87 pemaju masyarakat terlatih," katanya.

No comments: