PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20090520

Sarawak: Pelancong kurang 8.92 peratus suku tahun pertama

JUMLAH pelancong yang datang ke Sarawak bagi tempoh suku tahun pertama, tahun ini berkurangan sebanyak 8.92 peratus kepada 737,244 orang, berbanding 809,427 pelawat bagi tempoh sama tahun lalu.

Aliran penyusutan jumlah pelancong berterusan sejak tahun lalu, dengan sepanjang 2008 hanya 3.41 juta pelancong ke Sarawak, berkurangan sebanyak 5.3 peratus berbanding 3.6 juta pada 2007.

Menteri Pelancongan, Datuk Micheal Manyin Jawong, bagaimanapun berkata jumlah pelancong dari Singapura meningkat sebanyak 25 peratus dalam tempoh suku tahun pertama tahun ini, manakala pelancong dari Australia pula meningkat sebanyak lima peratus.

Ia katanya, hasil tumpuan yang diberikan Kementerian dalam menstruktur semula strategi pemasaran dan promosi. "Kementerian dan semua agensi berkaitan kini giat mengkaji semula strategi bagi mewujudkan industri pelancongan yang lestari dan berdaya saing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak semalam.

No comments: