PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20090519

Sarawak: Eksport produk perkayuan susut

Nilai eksport produk perkayuan Sarawak menurun sebanyak 29.79 peratus kepada RM1,3540.40 juta dalam suku pertama tahun ini, berbanding RM1,873.70 juta bagi tempoh sama tahun lalu. Ini berikutan penurunan permintaan eksport di pasaran tradisional utama seperti Jepun, China, India, negara Timur Tengah, Amerika Syarikat dan Eropah. Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata jumlah isi padu eksport balak, papan lapis dan kayu bergergaji susut kira-kira 34 peratus dalam tempoh sama.
Selain itu, katanya, pasaran domestik yang terhad tidak mampu untuk mengimbangi kejatuhan permintaan pasaran eksport.

"Kegawatan ekonomi global masa kini adalah yang terburuk dalam sejarah. Walau bagaimana kukuh sekalipun industri perkayuan, ia juga tidak terkecuali daripada kesan negatif akibat krisis berkenaan.

"Kesan ini sudah dirasai dan mempengaruhi perkembangan industri semasa suku pertama tahun ini dan berkemungkinan besar akan berterusan," katanya ketika ketika menggulung perbahasan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

Awang Tengah berkata, isi padu balak turut mencatatkan penurunan 1.5 juta meter padu dalam suku pertama tahun ini berbanding 2.6 juta meter padu bagi tempoh sama tahun lalu. Ini, katanya, menyebabkan penurunan royalti balak sebanyak 38.8 peratus kepada RM82.6 juta dalam suku pertama tahun ini, berbanding RM134.9 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

"Kerajaan negeri sudah mengambil beberapa langkah proaktif bagi membantu pihak industri perkayuan mengharungi kesan kemelesetan ekonomi dunia, termasuk mengurangkan kadar seragam royalti balak daripada RM65 semeter padu kepada RM50 semeter padu mulai 1 Januari hingga Disember 2009.

"Kerajaan juga melonggarkan pelaksanaan dan pematuhan ke atas nisbah kuota balak bagi tempoh enam bulan tahun ini dan melanjutkan tempoh pembayaran royalti daripada dua minggu kepada tiga bulan," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan Kerajaan Pusat juga dijangka dapat memberi kesan limpahan yang diharap boleh memperkasakan industri berkenaan.

Awang Tengah berkata, untuk jangka panjang, kerajaan negeri akan terus berusaha memperkembang dan memperkukuhkan pasaran barangan kayu menerusi program galakan pasaran seperti mengadakan misi jualan, lawatan dan pameran di negara-negara pengguna.

No comments: