PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20090520

H1N1: Jumlah kes dijangkiti kini hampiri 10,000

GENEVA: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon meminta semua pihak supaya bertenang dalam menghadapi wabak Influenza A (H1N1) ketika kes dijangkiti kini menghampiri angka 10,000 orang di seluruh dunia. Ban berkata, wabak selesema sebelum ini menunjukkan ia bermula sederhana dan menjadi buruk.

"Namun dalam menghadapi keadaan seperti ini, kita mesti tenang dan sentiasa berjaga-jaga," katanya berucap dalam perhimpunan tahunan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), di sini, hari ini.

Beliau berkata, angka yang disahkan WHO menunjukkan lebih 1,000 kes dijangkiti dilaporkan pada Isnin sahaja, menjadikan 9,830 keseluruhan kes meliputi 40 negara ketika ini. Wabak itu juga sudah meragut 79 nyawa. WHO masih belum meningkatkan tahap amaran wabak ini daripada lima kepada enam - tahap pandemik yang beberapa negara mahu ia diisytiharkan segera.

Ia juga sudah menjangkau ke benua Asia dengan di Jepun saja, 193 kes dilaporkan sejak semalam. Pada perhimpunan itu, Ban juga berkesempatan berbincang dengan firma farmaseutikal terkenal bagi mengeluarkan vaksin mencegah H1N1. Kira-kira 30 pengeluar vaksin dunia membabitkan 19 firma industri dijemput WTO dalam menangani wabak H1N1. Ban berkata, langkah WHO bekerjasama dengan sektor swasta bagi menangani wabak H1N1 adalah amat wajar sekali membabitkan perkongsian data dan sampel virus, selain usaha penyelidikan serta pencegahan.

- AFP 19.0.5.2009

No comments: