PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20110523

Tak perlu gusar harga petrol

Rakyat tidak perlu gusar dengan kemungkinan kenaikan harga petroleum termasuk petrol RON95 kerana kerajaan belum membuat keputusan sama ada mengekalkan pada harga semasa atau menaikkan harga bahan bakar itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kajian ke atas bahan api itu dilakukan selaras pelan Rasionalisasi Subsidi bahawa setiap enam bulan sekali, satu kajian semula perlu dibuat ke atas subsidi minyak. "Kerajaan mengambil kira semua faktor termasuk inflasi dan beban rakyat kerana rakyat adalah keutamaan Barisan Nasional (BN) sebelum memutuskan sebarang keputusan mengenai semakan semula. "Apa yang saya boleh katakan, minyak tidak akan turun tetapi harga petrol naik atau kekal, akan ditentukan selepas keputusan pelarasan yang akan dibuat akhir bulan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO bahagian Batu Kawan, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua UMNO bahagian Batu Kawan, Datuk Mohd Noordin Mohd Kassim.
Ismail Sabri berkata, walaupun harga petrol RON97 meningkat kepada RM2.90 seliter, ia tidak bermakna harga petrol tidak naik lagi dan jaminan harga minyak akan kekal selama-lamanya.

"Tahun lalu tanggungan subsidi hanya RM8 bilion, tetapi disebabkan minyak mentah dunia meningkat hingga mencecah AS$100 setong, tanggungan kerajaan mencecah RM18 bilion.
"Jika difikirkan, mengapa perlu kita menyuntik wang yang banyak bagi mengekalkan harga minyak di negara ini, sedangkan wang itu boleh digunakan untuk projek yang memberi kebaikan kepada rakyat termasuk membasmi kemiskinan," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Ismail Sabri meminta semua pimpinan UMNO terutama di Pulau Pinang perlu bekerja keras dan sentiasa mendahului pembangkang dalam mendekati rakyat.

"Kita perlu keluar dari zon selesa dan menjadi sebahagian rakyat supaya masalah mereka dapat diketahui dan dibantu sepenuhnya.

"Apabila timbulnya masalah dalam kalangan orang Melayu, UMNO perlu menjadi juara rakyat supaya rakyat mengetahui bahawa hanya UMNO yang mampu membantu mereka," katanya.


BH ONLINE 23/05/2011

No comments: