PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20110523

20,000 penjawat awam miskin

Hampir 50 peratus atau kira-kira 20,000 daripada lebih 40,000 penjawat awam terutama mereka yang bekerja sebagai kakitangan sokongan di jabatan kerajaan di sini menghadapi masalah kemiskinan bandar kerana mempunyai pendapatan kurang dari RM1,500 sebulan.

Pendedahan itu dibuat Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Tengku Adnan berkata, keadaan ini menyebabkan ramai di kalangan kakitangan sokongan kerajaan terbabit terpaksa melakukan pelbagai kerja sambilan termasuk memandu teksi, menjadi pengawal keselamatan dan berniaga kecil-kecilan bagi menampung kos sara hidup keluarga masing-masing. Berikutan itu, beliau berkata, UMNO Putrajaya akan bekerjasama dengan TEKUN Nasional (TEKUN) bagi membolehkan kakitangan sokongan kerajaan terbabit memohon pinjaman sebagai modal untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, sekali gus membantu mereka meningkatkan hasil pendapatan masing-masing setiap bulan.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada TEKUN kerana meluluskan pinjaman sebanyak RM367,000 kepada 26 kakitangan kerajaan dan penduduk Putrajaya bagi membolehkan mereka memulakan perniagaan.

“Ini adalah antara cara kita membantu kerajaan menangani masalah kemiskinan di kalangan kakitangan kerajaan yang tinggal di bandar besar, terutama Putrajaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar keusahawanan anjuran TEKUN dan Pejabat UMNO Putrajaya di sini.

Pada majlis sama, Tengku Adnan turut menyampaikan cek keseluruhan bernilai RM367,000 kepada 26 usahawan termasuk kakitangan sokongan kerajaan untuk memulakan perniagaan masing-masing.
Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN, Datuk Abdul Rahim Hassan, berkata pihaknya sudah memberi pinjaman berjumlah RM1.68 bilion kepada 183,364 peminjam di seluruh negara, sejak 1998.

Katanya, daripada jumlah berkenaan sebanyak RM239.90 juta diagihkan kepada 20,201 usahawan di Selangor.

No comments: