PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20110520

Dutch Lady naik harga bulan depan

DUTCH Lady Milk Industries Bhd akan menaikkan harga produknya antara lima hingga enam peratus secara berperingkat mulai bulan depan.

Pengarah Urusannya, Bas van den Berg, berkata kenaikan itu terpaksa dilakukan bagi menampung kenaikan kos susulan peningkatan tinggi harga bahan mentah tenusu dunia yang dijangkakan meningkat sehingga 29 peratus lagi tahun ini selepas peningkatan 27 peratus tahun lalu. Beliau menjelaskan, kenaikan harga bahan mentah tenusu itu berikutan peningkatan permintaan di negara pasaran sedang berkembang dan perubahan persekitaran di negara pengeksport yang meningkatkan kos pengeluarannya

“Di samping menaikkan secara berperingkat harga, syarikat itu juga akan meningkatkan lagi kecekapan operasi bagi menampung sebahagian kesan kenaikan kos bahan mentah berkenaan, ” katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di Petaling Jaya, semalam

2011/05/20 Berita Harian

No comments: