PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20110520

Kaji perkenal semula satu sen

Langkah elak peniaga ambil kesempatan menaikkan harga: Muhyiddin

Kerajaan sedang menimbang untuk memperkenalkan semula penggunaan wang syiling satu sen bagi membolehkan pengguna membayar harga sebenar sesuatu barangan atau perkhidmatan serta mengelak peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga hanya kerana kenaikan kecil harga bahan mentah.

Jika dilaksanakan kelak, harga barangan atau perkhidmatan tidak lagi dibundarkan kepada jumlah yang paling hampir kepada lima sen, sebaliknya pengguna membayar mengikut harga sebenar. Timbalan Perdana Menteri, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata perkara itu sudah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Bekalan dan Harga yang dipengerusikan beliau pada Isnin lalu dan cadangan akan dikemukakan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk kajian terperinci.

Beliau berkata, penggunaan semula syiling itu antara lain ialah bagi membendung tindakan peniaga yang menaikkan harga barangan setiap kali harga bahan mentah naik.

Katanya, ada yang menaikkan harga barangan sehingga 10 sen apabila harga bahan mentah naik, walhal kos mereka hanya meningkat satu sen sahaja.

“Kita nak cadangkan gunakan balik duit satu sen. Kalau teh tarik naik harga satu sen daripada RM1.30 kepada RM1.31 sen, jangan jadikan ia RM1.35 sen, iaitu naik sehingga empat sen sebab nak genapkan harganya.

“Tak salah kalau kita gunakan satu sen kerana ia tak membebankan,” katanya selepas perjumpaan dengan pemimpin masyarakat, di Dewan 2020, sempena Program Turun Padang Timbalan Perdana Menteri ke Perlis, di sini semalam. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Muhyiddin berkata, peniaga juga perlu lebih bertanggungjawab membantu mengurangkan beban pengguna berikutan kenaikan pelbagai kos dan harga barangan yang tidak dapat dielakkan ketika ini.

Penggunaan wang syiling satu sen dalam pasaran dihentikan pada 1 April 2008 apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melaksanakan Mekanisme Penggenapan yang memperlihatkan semua pembayaran digenapkan kepada lima sen terdekat. Langkah itu bertujuan mengurangkan penggunaan syiling satu sen dengan menggenapkan semua bayaran bil atau harga barang.

Muhyiddin berkata, walaupun pada asasnya penjimatan satu sen dilihat kecil untuk satu barangan, ia memberi kesan besar apabila membabitkan banyak barangan yang dibeli atau banyak bil yang dijelaskan oleh pengguna.

“Umpamanya jika 100 kali nilainya sudah menjadi RM1 dan jika 1,000 kali boleh menjadi RM10,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri menolak dakwaan pembangkang kononnya kerajaan tidak membantu rakyat menangani masalah kenaikan harga barangan ketika ini, sebaliknya memberi jaminan kerajaan tetap menangani fenomena global yang menjadi punca kenaikan harga barangan dan bahan asas, terutama minyak bagi memastikan rakyat tidak tertekan dengan peningkatan kos sara hidup.

Sementara itu, Muhyiddin turut mengumumkan kerajaan mengurangkan subsidi minyak diesel untuk kegunaan bot perikanan laut dalam berkuat kuasa 1 Jun ini sebagai langkah penjimatan kos subsidi yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan yang dilaporkan mencecah RM20 bilion tahun ini.

BH 20/02/11

No comments: