PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20100730

Pencarum KWSP boleh beli rumah bernilai tinggi

Bank nilai kemampuan individu berdasarkan jumlah simpanan

Mulai 1 Ogos ini, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang belum mengeluarkan caruman untuk membeli kediaman atau mendapatkan pengurangan pinjaman perumahan berpeluang membeli kediaman bernilai lebih tinggi menerusi kemudahan Pengeluaran Kediaman Fleksibel.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol, berkata kemudahan itu diperkenalkan bagi membolehkan ahli yang layak mempunyai kuasa beli lebih tinggi kerana institusi kewangan boleh menilai kemampuan mereka yang mahu membuat pinjaman.

Beliau berkata, kemudahan itu tidak akan menjejaskan simpanan ahli kerana wang caruman tidak dikeluarkan, sebaliknya hanya diasingkan dan akan terus menerima dividen tahunan daripada KWSP. Bagaimanapun wang berkenaan tidak boleh dikeluarkan bagi tujuan pengeluaran prapersaraan lain seperti Perumahan, Pendidikan, Kesihatan dan Umur 50 Tahun sebelum tamat tempoh kemudahan pengeluaran ini.

Antara syarat pengeluaran ialah pencarum berusia tidak lebih 54 tahun ketika membuat permohonan dan belum pernah membuat Pengeluaran Membeli Rumah atau Mengurang Baki Pinjaman Perumahan KWSP.

“Simpanan semasa dan simpanan masa depan ahli KWSP akan diberi pertimbangan ketika pencarum memohon untuk mendapatkan pinjaman perumahan daripada institusi kewangan.

“Setiap permohonan pula perlu disertakan bersama borang permohonan Pengeluaran Membeli Rumah atau Mengurang Baki Pinjaman Perumahan KWSP,” katanya.
Pencarum yang ingin membatalkan kemudahan ini selepas membuat pengeluaran hanya boleh berbuat demikian selepas setahun dari tarikh kelulusan dan perlu mendapat persetujuan daripada institusi kewangan.

Katanya, kemudahan yang ditawarkan itu sebagai usaha menyokong objektif kerajaan meningkatkan kualiti hidup rakyat sejajar dengan semangat 1Malaysia yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2010.

Setakat ini katanya, Maybank dan Public Bank mengesahkan bersedia mengambil bahagian dalam Pengeluaran Perumahan Fleksibel dan menjangka lebih banyak bank akan menyusuli.

Bagi maklumat lanjut sila layari laman web www.kwsp.gov.my atau hubungi pusat panggilan KWSP di talian 03-89226000.

No comments: