PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20100701

Ekonomi : Pertumbuhan diyakini 7.5 peratus tahun ini

30 Jun 2010 - Industri perbankan Malaysia yakin dengan pertumbuhan negara dan menjangkakan keluaran dalam negara kasar (KDNK) akan berkembang 7.5 peratus tahun ini.

Pengerusi Persatuan Bank-bank Malaysia, Datuk Seri Abdul Wahid Omar hari ini berkata, keyakinan ini berdasarkan kepada pemulihan dalam beberapa sektor tertentu seperti pembuatan serta penambahbaikan dalam perkhidmatan.

"Momentum pertumbuhan dalam suku pertama cukup untuk membawa pertumbuhan ini untuk baki tahun ini dan sektor perbankan akan terus membantu, bermakna aktiviti-aktiviti ekonomi akan berterusan," kata beliau selepas pelancaran The Report Malaysia 2010" Oxford Business Group di sini.

Wahid, yang juga merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Bhd (Maybank) bagaimanapun berkata, tahun depan akan lebih mencabar memandangkan pengurangan dijangkakan berlaku dalam perbelanjaan kerajaan dalam usaha menurunkan defisit belanjawan.

"Dengan demikian, terdapatnya keperluan untuk sektor swasta untuk turut serta dan kami menjangkakan yang pertumbuhan untuk 2011 adalah rendah pada sekitar enam peratus," kata beliau.

Tetapi, beliau menambah, negara masih lagi boleh mencapai sasaran pertumbuhan enam peratus setahun dalam jangka panjang untuk mencapai status ekonomi pendapatan tinggi menjelang 2020.

Mengenai peranan bank, Wahid berkata, mereka akan memainkan peranan mereka daripada segi pembiayaan dan pertumbuhan permulaan ke arah mencapai matlamat Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Model Baru Ekonomi.

"Bank-bank di Malaysia telahpun menyumbang ke arah menjana ekonomi dan ia telah diterjemahkan kepada lantunan semula yang kukuh yang kita alami dalam suku pertama dan pertumbuhan yang dijangkakan untuk tahun sepenuhnya tahun ini," kata beliau.

Pada pelancaran itu, Editor Serantau Oxford Business Group, Paulius Kuncinas berkata, Malaysia perlu memberi fokus kepada kekuatan terasnya seperti dalam kewangan Islam, sektor makanan halal, minyak sawit hiliran dan bahan bakar alternatif seperti biofuel.

"Banyak negara bersaing dalam bidang yang sama. Adalah penting untuk membezakannnya dan tidak bersaing dalam sektor kepakaran rendah," kata beliau.

Selain daripada itu, Kuncinas berkata, pemangkin untuk Malaysia bergerak ke hadapan adalah penyelidikan dan inovasi dan mewujudkan rantaian antara universiti, syarikat persendirian dan institusi pembiayaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, penyelidikan dan inovasi perlu ditangani pada peringkat pendidikan rendah, menengah dan tinggi kerana Malaysia perlu memberi lebih fokus kepada melahirkan kepakaran teknikal.

- Bernama

No comments: