PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20100408

MEROKOK

UMUM mengetahui hakikat merokok membahayakan kesihatan. Namun pelbagai kempen berhenti merokok yang dijalankan tidak menampakkan natijah yang diharapkan, khususnya di kalangan perokok tegar. Mungkin golongan ini tidak mementingkan kesihatan diri, justeru sukar mengubah sikap.

Namun perkembangan terbaharu yang membimbangkan dalam kesukaran mencapai matlamat kempen berhenti merokok ini ialah peningkatan bilangan perokok di kalangan kaum wanita sejak kebelakangan ini.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, peningkatan perokok wanita ini adalah atas kepercayaan merokok mampu mengawal berat badan, malah boleh menguruskan badan.

Kepercayaan ini tidak berasas kerana hakikatnya merokok membahayakan kesihatan. Jadi mana mungkin ia boleh membentuk badan yang sihat atau tubuh yang ramping. Seharusnya perkara seperti ini dirujuk kepada klinik atau hospital.

Kaum wanita jangan terpengaruh dengan kepercayaan karut ini. Sebaliknya, mereka wajar membuang tabiat merokok jika inginkan tubuh badan yang sihat. Lagi pun, wanita tidak merokok akan lebih terserlah kewanitaan mereka.

No comments: