PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20100115

Sarawak: Pos Limbang sesak kronik


JAMBATAN Sungai Trusan dalam pembinaan dijangka atasi masalah kesesakan di sempadan Sarawak-Brunei apabila siap tidak lama lagi.



Kenderaan keluar masuk di sempadan terpaksa tunggu hingga empat jam

MIRI: Dua hingga empat jam dihabiskan hanya untuk menunggu.

Tempoh menunggu itu adalah perkara biasa bagi kenderaan yang keluar masuk pintu sempadan di utara Sarawak, khususnya di kawasan Limbang dan Lawas.


Masalah itu sudah berlarutan sekian lama dan berlaku di hampir semua pos kawalan Imigresen dan Kastam sama ada di kawasan Limbang (Sarawak) atau Kuala Lurah (Brunei).

Masalah sama juga dihadapi di dua kawasan feri menghubungkan pekan Limbang dan Lawas yang dipisahkan daerah Temburung, Brunei, terutama di kawasan feri Sungai Padaruan, Temburung dan Sungai Trusan di Limbang.

Walaupun, kerajaan negeri sudah berusaha mengatasi masalah itu dengan membina pos kawasan Imigresen dan Kastam yang baru di Limbang dan Lawas, usaha itu belum menampakkan hasil kerana kesesakan yang berlaku di pos kawalan di negara jiran memberi impak serupa.

Walaupun Sarawak membuka banyak kaunter imigresen di pintu sempadan berkenaan, pengguna masih terpaksa menunggu giliran yang lama ketika menunggu di pos kawalan Imigresen dan Kastam di Brunei.

Keadaan itu sukar diatasi tanpa persepakatan kedua pihak untuk menanganinya.

Penduduk Limbang, Maria Hasnan, berkata usaha yang lebih padu diperlukan antara kerajaan kedua-dua negara bagi menangani masalah kesesakan kenderaan di pintu sempadan Limbang dan Lawas.

“Langkah ini perlu supaya pergerakan kenderaan sama ada dari Brunei atau Sarawak berjalan lancar, sekali gus meningkatkan ekonomi penduduk kedua-dua negara.

“Penduduk Limbang dan Lawas mahu supaya isu ini terus dibincangkan pada peringkat atasan supaya ia tidak terus berlarutan,” katanya kepada Berita Harian.

Sarawak sudah mulakan langkah untuk mengatasi masalah ini dengan membuka lebih banyak laluan keluar masuk kawasan sempadan. Kita harap Brunei mengambil langkah serupa,” katanya kepada Berita Harian.

Ketika ini, antara kawasan sering berlaku kesesakan yang kronik ialah di Kuala Lurah (Brunei), feri Sungai Padaruan dan feri Sungai Trusan.

Ketika ini Sarawak sedang membina sebuah jambatan baru di Sungai Trusan dan dijangka siap tidak lama lagi.

Apabila jambatan di Sungai Trusan siap perjalanan kenderaan ke Lawas, terus ke Kota Kinabalu akan terus meningkat dan semakin lancar.

Beliau berkata, masalah kesesakan di kawasan pintu masuk berkenaan menjejaskan sektor pelancongan di Limbang dan Lawas yang sedang meningkat kerana semakin ramai penduduk negara jiran berkenaan mengunjungi pekan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Kota, Dr Abdul Rahman Ismail, berharap kerajaan negeri dapat mencari jalan untuk menangani masalah berkenaan.

“Saya berharap pemimpin atasan dapat menyelesaikan isu ini menerusi hubungan dua hala yang baik antara Brunei dan Malaysia. Masalah ini tidak akan selesai jika hanya satu pihak mengambil tindakan,” katanya.

Beliau yakin Malaysia dan Brunei tidak mempunyai masalah untuk mengatasi masalah ini kerana sudah mempunyai hubungan baik sejak sekian lama.

Pada masa yang sama, beliau mahu pihak Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia sentiasa memastikan Limbang dan Lawas tidak dipinggirkan dalam program pelancongan yang dirancang lembaga itu.

“Kita mahu supaya industri pelancongan di Limbang dan Lawas turut mendapat manfaat daripada program yang dirancang lembaga berkenaan,” katanya.

No comments: