Lambakan pil dan serbuk khayal murah, bahan bacaan berunsur seks dan lucah serta pil perangsang seks masih didapati dijual secara terbuka kepada pelajar sekolah menengah dan belia di sekitar ibu negara, menurut Persatuan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPA).
Berdasarkan pemantauan pertubuhan bukan kerajaan itu, cakera padat lucah, pemetik api dan kad permainan daun terup yang memaparkan imej wanita separuh bogel turut dijual. Juga alat renjatan elektrik dan pistol mainan berkualiti tinggi juga boleh didapati dengan mudah dan murah di pasar-pasar awam dan kedai runcit
No comments:
Post a Comment