PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20100112

Harga Minyak Sawit lepasi RM3,000

11 Jan. - Harga minyak sawit mentah (MSM) diramalkan mampu melonjak ke paras RM2,500 setan sehingga melepasi paras RM3,000 setan pada suku pertama tahun ini berikutan peningkatan permintaan dari China, India dan Kesatuan Eropah.

Menurut Pengerusi Kumpulan Perladangan Felda, Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor, jangkaan ini adalah berdasarkan analisis pelbagai pihak dan aliran harga yang menunjukkan prospek baik menanti tahun ini.

Pada pukul 3.55 petang ini, harga minyak sawit berada pada paras RM2,570 setan.

Musim pengeluaran yang agak rendah disebabkan hujan antara November dan Mac tahun ini turut menjadi faktor yang bakal merangsang kenaikan harga komoditi sawit ini, kata beliau pada majlis perasmian seminar pengurusan Kumpulan Perladangan Felda 2010 di sini.

Mohd Yusof berkata, pengeluaran minyak sawit pada 2010 dijangka berjumlah 17.3 sehingga 17.8 juta metrik tan berbanding 17.5 juta metrik tan bagi tahun 2009.

"Pada masa ini mereka yang terlibat dalam industri sawit merasa lega kerana prospek harga minyak sawit kekal pada RM2,400 setiap tan pada Disember 2009," katanya.

Biarpun harga yang pernah mencecah RM4,4438 pada Mac 2009 sukar diulangi, paras harga minyak sawit bakal bertambah baik, katanya lagi.

Pada minggu lepas harga minyak sawit mentah meningkat kepada RM2,626 manakala harga buah tandan segar (BTS) ialah RM516 satu tan.

Kumpulan Perladangan Felda mensasarkan pengeluaran BTS sebanyak 8.63 juta tan metrik dan sebanyak 15 juta metrik tan BTS turut dijangka diproses oleh Kilang Felda.

Manakala katanya, pengeluaran MSM adalah dijangka sebanyak 3.13 juta metrik dan ini melibatkan kos pengeluaran BTS sebanyak RM198 setiap tan.

Katanya, purata harga jualan MSM adalah RM2,100 setiap tan.

Dalam perkembangan lain, Felda melalui anak syarikatnya, Felda Palm Industries (FPI) akan melaksanakan Projek Loji Janakuasa Biomass kedua di Jengka yang dijangka siap pada Disember 2011.

Katanya, ini memerlukan 300,000 tan tandan kosong kelapa sawit (EFB) sebagai bahan bakar dari tujuh buah kilang sawit.

Ini adalah bagi menyokong usaha dan saranan kerajaan supaya industri komoditi di negara turut serta dalam menyumbang kepada industri tenaga.

Sebelum ini, FPI mempunyai sebuah lagi kemudahan, Biomass Power Plant, di Sahabat, Sabah, yang berjalan lancar sejak 2006. - Bernama


Eksport minyak sawit merosot

11 Jan. - Eksport minyak sawit Malaysia merosot 19.47 peratus kepada 1.21 juta tan metrik pada Disember daripada catatan November berjumlah 1.501 juta tan metrik, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia hari ini.

Pengeluaran minyak sawit mentah susut 4.73 peratus kepada 1.520 juta tan metrik pada Disember daripada 1.595 juta tan metrik yang dicatatkan pada November.

Lembaga itu berkata, stok minyak sawit meningkat 15.72 peratus kepada 2.238 juta tan metrik pada bulan itu, daripada 1.934 juta tan metrik yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

Daripada jumlah itu, stok minyak sawit mentah meningkat 7.13 peratus kepada 1.197 juta tan metrik sementara minyak sawit diproses meningkat 27.47 peratus kepada 1.041 juta tan metrik pada Disember.

Ia menambah bahawa import minyak sawit mentah meningkat 224.66 peratus kepada 153,797 tan pada Disember daripada 47,372 tan metrik pada November dan import minyak sawit diproses meningkat 26.95 peratus kepada 11,441 tan metrik daripada 9,012 tan metrik pada November.

Import minyak sawit meningkat 193.06 peratus kepada 165,237 tan metrik pada Disember daripada 56,384 tan metrik pada November.

Sementara itu, MPOB berkata, eksport minyak isirong sawit pada Disember menyusut 4.94 peratus kepada 104,576 tan metrik daripada 110,009 tan metrik pada November.

Pengeluaran isirong sawit menyusut 4.19 peratus kepada 391,814 tan metrik pada Disember daripada 408,959 tan metrik pada November sementara stok menyusut 12.94 peratus, pada Disember, berbanding 129,249 tan metrik pada bulan sebelumnya.

Jumlah stok minyak isirong sawit meningkat 9.46 peratus kepada 305,912 tan metrik pada Disember berbanding 279,483 tan metrik pada November. - Bernama

No comments: