PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20091207

Sarawak: Bantuan bencana lebih RM50j disalur

20 bot bernilai RM54,880 sebuah turut diserah

Kerajaan Persekutuan sudah menyalurkan bantuan bencana berjumlah lebih RM50 juta kepada Sarawak sepanjang tahun ini, dengan bantuan terkini membabitkan 20 bot diserahkan secara rasmi semalam. Bot bernilai RM54,880 setiap satu itu dilengkapi enjin dan peralatan perlu, diserahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kepada Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam.

Nazri adalah juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Pusat, manakala Dr Chan adalah Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri Sarawak. Nazri berkata, bantuan lain yang diberikan tahun ini termasuk RM41.57 juta untuk pengurusan bencana, seperti pemberian wang ehsan kepada mangsa bencana. Selain itu katanya, RM6.9 juta digunakan bagi membina lima jambatan di Ba'Kelalan, manakala RM633,548 dibelanjakan bagi tujuan membina dan membaik pulih infrastruktur di Baram yang rosak akibat banjir.
Bagi 20 bot yang diserahkan semalam, beliau berharap ia digunakan untuk menyelamatkan mangsa banjir dengan cepat dan lebih berkesan. "Ia juga sebagai tambahan kepada bot sedia ada yang dimiliki pelbagai agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis, Jabatan Pertahanan Awam serta pertubuhan sukarela. "Semua bot ini akan diselenggara Jabatan Bomba dan Penyelamat," katanya sambil menambah bantuan itu membuktikan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) Pusat kepada masalah rakyat di Sarawak selari dengan pendekatan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penerimaan Bot Penyelamat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Untuk Pengurusan Bantuan Bencana Negeri Sarawak di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, semalam.
Hadir sama, Speaker DUN Sarawak, Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nasar; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ose Murang dan Setiausaha MKN, Datuk Mohd Tajuddin Abd Wahab. Terdahulu, Nazri mendengar taklimat persiapan menghadapi bencana banjir negeri Sarawak dan melawat bangunan DUN baru. Nazri juga meminta Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri Sarawak supaya memberikan senarai keperluan lain untuk menghadapi banjir, supaya beliau boleh berunding bagi mendapatkan peruntukan. Pada masa sama katanya, MKN juga akan menghantar antara 50 ke 100 tandas bergerak untuk kemudahan di pusat pemindahan banjir di negeri ini kerana masalah kekurangan tandas sebelum ini antara kesulitan yang telah dibangkitkan. "Tandas bergerak ini akan diletakkan di bawah tanggungjawab Pejabat Daerah bagi kemudahan di pusat pemindahan banjir," katanya. Nazri berkata, bantuan diberikan kepada Sarawak bagi menghadapi bencana berbeza sedikit berbanding negeri lain kerana keluasan negeri ini. Kerajaan Persekutuan katanya perlu mengambil kira saiz Sarawak dalam memberikan bantuan, dengan kes di negeri ini dianggap sebagai berbeza dengan di Semenanjung. Beliau juga memberi jaminan bantuan wang ehsan RM300 setiap keluarga akan diberikan kepada mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan dengan bantuan akan disegerakan. Sementara itu, Nazri turut mendengar taklimat projek Tebatan Banjir di Pejabat Daerah Bau dan melawat Pusat Pemindahan Banjir Dewan Sebuku Bau serta Dewan Siniawan Bau, pada sebelah petang semalam.

No comments: