PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20091218

Elektrik percuma bawah RM20 dilanjut Disember 2010

17 Dis. - Berita baik untuk rakyat berpendapatan rendah apabila kerajaan bersetuju melanjutkan program pengecualian pembayaran bil elektrik berjumlah RM20 dan ke bawah untuk tempoh setahun lagi iaitu sehingga Disember 2010.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, secara purata seramai 1.05 juta pengguna domestik yang kini menikmati pengecualian itu setiap bulan terus menerima manfaat.

Jelasnya, program itu sepatutnya tamat pada hujung bulan ini, namun disebabkan kedudukan ekonomi yang belum pulih selain keprihatinan kerajaan terhadap rakyat berpendapatan rendah, ia dilanjutkan setahun lagi.

''Program ini telah diperkenalkan pada Oktober 2008 iaitu semasa pembentangan Bajet 2009,'' katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Parlimen, hari ini.

Menurutnya, sejak program itu diperkenalkan kerajaan telah menanggung kos purata sebanyak RM11.95 juta setiap bulan.

''Sehingga September tahun ini, sebanyak RM143.4 juta telah dibayar oleh kerajaan untuk menampung kos pengecualian bil ini.

''Dengan persetujuan kerajaan melanjutkan program ini, ia bermakna kerajaan akan menanggung sejumlah kos tambahan iaitu sebanyak RM143 juta lagi," katanya.

No comments: