PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA

PANDU CERMAT, SAYANGKAN NYAWA
INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG

INGAT ORANG YANG TERSAYANG
PASTIKAN ANDA DAN SEMUA PENUMPANG MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR

20101015

SARWAK : Bakun jana elektrik Jun 2011


EMPANGAN Bakun mampu menghasilkan kuasa elektrik 2,400 Megawatt



Empangan boleh mulakan operasi apabila air takungan cecah 195 meter

PROJEK empangan elektrik hidro Bakun di Sarawak akan menjana 300 megawatt (MW) bekalan elektrik pada Jun tahun depan susulan bermulanya proses takungan air untuk empangan itu semalam

Sarawak Hidro Sdn Bhd, dalam kenyataannya berkata, pihaknya berjaya menutup pintu empangan di terowong pecahan air pada jam 10.00 pagi semalam selepas ia memperoleh Sijil Takungan daripada Kementerian Kemudahan Awam Sarawak.

“Dengan bermulanya proses takungan air itu, banjir akan mengambil masa tujuh bulan mencecah paras operasi minimum 195 meter (daripada paras laut) untuk ujian basah turbin,” katanya dalam satu kenyataan semalam. Sarawak Hidro, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan, adalah pemaju Empangan Bakun yang akan menjana 2,400MW bekalan elektrik apabila kesemua lapan turbin beroperasi pada 2012.

Kawasan yang dibanjiri meliputi 69,500 hektar tanah, iaitu seluas saiz Singapura dan Empangan Bakun itu dijangka siap menjelang Disember ini. Projek itu terletak di Sungai Balui di lembangan Sungai Rajang, iaitu 37 kilometer ke hulu bandar Belaga.

Sarawak Hidro berkata, sepanjang proses penutupan pintu empangan di terowong pecahan air itu, aliran air ke hulu empangan itu akan dikekalkan menerusi satu mekanisma untuk melepaskan antara 150 meter dan 260 meter padu air bergantung kepada tahap di takungan air empangan itu. Langkah itu katanya, dikawal menerusi injap pelepasan bagi mengekalkan aliran minimum asas di sungai yang mana pengurangan tahap air di hulu dapat diperhatikan.

“Oleh kerana ia mengambil sedikit masa sebelum projek elektrik hidro Bakun boleh beroperasi pada tahap maksimum, pelepasan air limpahan secara biasa akan dilakukan bagi meningkatkan tahap air di bahagian hulu sungai bagi membantu pengangkutan air beroperasi di Sungai Rajang terutama di bahagian antara Kapit dan Belaga ketika musim kemarau,” katanya.

Sarawak Hidro berkata, kajian hidrologi di bahagian hulu sungai yang dilakukan di bawah Penilaian Mendalam Impak Alam Sekitar menunjukkan bahawa bakal terdapat pengurangan tahap air di Kapit masing-masing antara 0.25 meter hingga 2.6 meter ketika aliran tinggi dan perlahan.

Justeru katanya, menerusi kaedah dilaksanakan itu, sistem pengangkutan air di Kapit masih boleh digunakan bagi penumpang bot ekspres ketika musim kemarau, tetapi pergerakan di bahagian hilir Kapit ke Belaga tidak boleh digunakan kecuali bagi penumpang bot laju kecil.

“Pengangkutan sungai menggunakan bot ekspres dari Kapit ke hilir sungai yang ketika ini terganggu semasa musim kemarau akan boleh digunakan sepanjang tahun apabila projek empangan elektrik hidro Bakun ini beroperasi sepenuhnya menerusi air yang dilepaskan daripada limpahan empangan,” katanya.

BH 15/10/2010

No comments: